Friday, August 28, 2009

Itik gebu yang muram!

Tah kenapa tiba-tiba si itik gebu masam mencuka hari ni... kebetulan pula pagi-pagi lagi si ayam sudah terserempak dengan si itik gebu, "hai entah lah tik" bisik hati si ayam, datang bulan agaknya, maybe?...Tanpa segan silu si ayam pun mengucapkan selamat kepada itik gebu, lantas menyahut jugak si itik gebu menyambut salam daripada si ayam. Tetapi dengan muka selamba itik gebu terus berjalan terkedek-kedek menyusuri bahu jalan berdampingan dengan si ayam menuju ke tempat mencari makan. Apa lagi, melihatkan itik gebu semacam poyos hari ini, dengan senang hati si ayam pun terus mencari rezekinya sendirian tanpa mempedulikan itik gebu. Dalam hati si ayam berkata " hmmmmm kalau kau sombong sangat itik...ahh aku boleh seribu kali sombong tau! tak heran...". Dalam keadaan sunyi sepi itu, tiba-tiba datanglah si ketua musang menyibukkan diri. Nampak gayanya si musang pun tidak seceria itik gebu, tak mengapalah mungkin mereka dilanda masalah yang besar agaknya fikir si ayam, dari itu lebih baik jugak si ayam mendiamkan diri. Setelah penat mengais mengisi perut dengan rezeki yang ada sambil merayau-rayau, hari pun berlalu petang, tiba-tiba si ayam terlihat itik gebu terkocoh-kocoh mahu pulang. Rasanya terlalu awal... Kenapa ya? si ayam pasti yang si itik gebu mendapat panggilan kecemasan dari kaum keluarganya. Tidak sempat untuk menanyakan sesuatu, itik gebu terus mengibas-ngibaskan sayapnya terbang meninggalkan kawasan mencari makan. Si ayam pun kebingungan???. Walau apapun yang terjadi, "Ya Allah, Kau lindungilah kawan-kawaku dari segala bencana...dan Kau ringankanlah bebanan yang ditanggungnya, Amin, Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin." bisik hati kecil si ayam

Thursday, August 27, 2009

Mengharap bebas yang tidak kunjung tiba!

Sebelum aku bercuti dan berehat selama tiga hari lamanya sempena menyambut kemerdekaan negara, ingin kutitipkan luahan hati yang terbuku selama ini...

Ketika mula menjejakkan kaki, Ketika itu bibit-bibit kebanggaan mula terasa, Ketika meniti sebuah kehidupan, Ketika itu terbit kealpaan… Ketika di dalam sebuah pencarian, Ketika itu dipukul badai, Ketika yang lain menerima pujian, Ketika itu rasa sendirian…Kini diteruskan sebuah pencarian, Demi mencari sebuah KEBEBASAN, Untuk menjamin sebuah kehidupan, lantaran menagih kesempurnaan, Moga-moga di suatu ketika, kini dan selamanya, menjanjikan seribu kebahagiaan.

*Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 52, kepada semua rakyat 1 Malaysia

SELAMAT HARI LAHIR

Esok 29.08.2009, Hari ulangtahun kelahiran aku, Bila Aku Berfikir… Gembiranya rasa hati, Dapat meneruskan hidup ini, Walaupun hanya sementara sahaja, Syukur Alhamdulillah... Bila Aku Berfikir… Seronok rasanya jadi diri ini, Maklumlah seorang lelaki, Semua nak buat boleh jadi, Pandai makan pandailah simpan sendiri... Bila Aku Berfikir… Kekok pulak jadinya, Kawan-kawan ramai dah berbini, Aku pulak tah bila lagi, Dah nasib badan… Bila Aku Berfikir… Kelakar pulak rasanya, Melihat gelagat diri, Layak ke aku bergelar seorang suami, Yang mereka bangga-banggakan, Tanggungjawab tah mana, Diri gerenti takkan rasa tenang hati... Bila Aku Berfikir… Bosanlah pulak, Ini tak boleh, itu tak boleh, Terkongkong rasanya, Alah…Dah biasa hidup membujang, Sabar jerlah… Bila Aku Berfikir… Sedih pulak rasa dihati, Makin hari, umur ku mendaki, Bingung pulak jadinya, Iyelah…khuatir apa yang dicitakan, Tidak menjadi, 30 tahun bukan muda lagi, Tapi yang pasti aku maintain muda , dan sentiasa positif di minda, Demi masa depan yang bahagia...


* Agar perjalanan hidup selepas ini akan sentiasa cerah dan seindah langit membiru...

Kisah musang dengan ayam

Kalau itik gebu dengan kisahnya bersama keluarga itik hitam, ayam pun memiliki kisahnya tersendiri dengan sang musang. Pada suatu hari, seperti biasa si ayam pergi mencari rezeki di tempat sang musang, sesampai sahaja di perkarangan kawasan yang dituju, sang musang masih belum sampai lagi. Selalunya musang akan datang sedikit lewat dari ayam. Mereka berkawan baik dan mencari makan bersama, Musang yang seekor ni memang merupakan ketua musang kepada musang-musang yang lain.Dia lah yang paling rapat dengan si ayam. Sewaktu mencari makan bersama-sama, si ketua musang tidak berpuas hati dengan si ayam, apa lagi si ayam ni memang panas baran, pantang ditegur sikit (lebih-lebih lagi jika teguran yang tidak kene pada tempatnya) mulalah naik hangin satu badan. Sakit hati dan jiwa si ayam, dimaki disumpahnya sang musang di dalama hatinya. Dalam keadaan geram, tiba-tiba sang musang pun terus angkat kaki pulang ke sarang di atas sana.Selang beberapa minit selepas itu, si ayam terus memburu rezekinya sendirian lalu terserempak dengan si itik gebu yang lalu lalang di situ. Itik gebu pun bersuara menanyakan pelbagai soalan kepada si ayam. Dalam keadaan bengang, si ayam pun tidak mampu memberi fokus terhadap lontaran soalan si itik gebu.Si ayam hanya menjawab dengan sambil lewa sahaja tanpa mempedulikan sangat si itik gebu…Hari itu, si ayam tersangatlah marah dengan sang musang, betul-betul marah kerana tidak tahan dengan perangai sang musang. Disebabkan kawan-kawannya yang lain, sang musang sanggup bertikam lidah dengan si ayam. Rupa-rupanyanya si itik gebu memang perasan si ayam bertekak dan meninggi suara pada sang musang. Si itik gebu hanya memandang sinis dari kejauhan semasa peristiwa itu berlaku…

Tuesday, August 25, 2009

Canteen sudah roboh...

Suatu petang di bulan Ramadhan aku bersiap untuk ke KL. Menaiki bas menuju perut bandar metropolitan ke destinasi yang dijanjikan. ‘Canteen’, itulah nama restoran yang dituju untuk majlis mini berbuka puasa bersama rakan-rakan sepermainan ketika zaman belajar dahulu. Saban tahun, apabila munculnya bulan ramadhan pastinya kami akan ke sini. Namun kini tidak lagi. Kemeriahan, keriuhan, kegembiraan serta kemesraan itu hilang sekelip mata. ‘Canteen’ itu sudah roboh ditelan memori silam. Sama ada ia masih lagi wujud di alam realiti aku tak peduli. Atau memang ‘Canteen’ tidak wujud lagi berkubur bersama kenangan ini, Hanya yang aku tahu ‘Canteen’ tidak sesekali akan terbina lagi. Aku pasrah…

Thursday, August 20, 2009

Hoi! Si bedebah gigi palsu!


Hoi, ko masih hidup lagi ke? tanya hati kecilku, kenapa orang-orang macam ko masih boleh bernafas lagi di atas bumi ini?! bagaikan rasa tak percaya dibuatnya...Aku tak kira kau tua, ataupun muda dari aku sekalipun, kalau tak guna otak untuk hidup, nyah kau dari sini!. Aku tak pernah mempunyai kawan spesies engkau, dah lah hitam berkarat, busuk pulak tu! Berani kau ye! Apa? ko jangan fikir dunia ni engkau yang punya. Hah! berambos! hmmmm tak apa..., hari ini hari kau, esok lusa siapakan tahu hari yang paling mudarat khas untuk kau, rasakan!. Kau, kau dan engkau sama saja, dubuk dua serupa, tak sedar diri hidup merempat dan suka menyusahkan hidup manusia lain. Bila buku bertemu ruas akan kau saksikan dunia ini milik siapa... jangan ko mendongak langit mendabik dada,tidak kah kau tahu? suatu hari nanti bala akan menimpa, bila-bila masa sahaja, tak usah kau ragui, janji Allah pasti.Kau, kau dan engkau pasti hidup sengsara. pergi mampos!

"Memberi gelaran kepada orang-orang yang melakukan kejahatan bukanlah perkara asing di dalam Islam. Allah sendiri menggelarkan orang-orang yang ingkar menyembahNya sebagai KAFIR, orang-orang yang melihat kebenaran tetapi menolak kebenaran sebagai ZALIM, orang-orang yang menjadi musuh dalam selimut sebagai MUNAFIQ dan sebagainya lagi. Bahkan Allah SWT memberikan gelaran SYAITAN kepada ketua-ketua/pemimpin-pemimpin kafir sebagaimana dalam ayat 14 Surah Al-Baqarah. Demikian juga Allah memanggil dengan gelaran BINATANG ( orang Terengganu kata : MENATANG ) kepada orang-orang yang ada mata, telinga dan akal fikiran tetapi tidak menggunakannya untuk mencari kebenaran ( lihat ayat 179 Surah Al-A'raf ).Hasad dengki serta sakit hati melihat orang lain dilimpahkan nikmat adalah dari perbuatan dan sifat IBLIS Laknatullah. Apakah tidak boleh kita menggelar pemilik sifat tersebut dengan gelaran IBLIS ?Apa motif serta tujuan di sebalik memberi gelaran-gelaran seumpama ini ? Antaranya ialah supaya manusia muslim/mukmin sentiasa beringat atau mengingatkan diri mereka daripada melakukan kejahatan.. Dalam erti kata lain, kalau tak nak orang panggil kita zalim, fasiq, munafik, iblis, setan, menatang dan lain-lain lagi, jangan dibuat kerja-kerja yang orang ramai tak suka..tak pasal-pasal orang di sekeliling kita dok asyik menyumpah kita siang dan malam. Cukup 40 orang menyumpah macam tu, tak ke haru diri tu?"

Monday, August 17, 2009

Ramadhan Bersua Kembali!

Syaaban semakin melabuhkan tirainya, perginya membawa bersama sinar Ramadhan yang amat ditunggu-tunggu. Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam seluruh marcapada ini akan menjalani ibadah puasa yang jatuh pada hari sabtu bersamaan 22 hb Ogos 2009
(1 Ramadhan 1430H). Di kesempatan inilah ramainya umat manusia berlumba-lumba mendapatkan keredhaan-Nya, di harap aku jua tidak terkecuali hendaknya...Semoga Ramadhan ini terus membawa sinar kebahagian untuk diriku dan keluarga tercinta.

Friday, August 14, 2009

Hari yang Membosankan!


Sepatutnya aku terbang ke negeri di bawah bayu hari ini. Segala perancangan hancur berkecai, alih-alih kene pulak kerja hingga lewat malam :(...tension!

Sunday, August 9, 2009

Kamek Datang!

Hmmm, pejam celik, pejam celik begitu cepat sekali masa meninggalkan kita, hampir menjelang bulan Ramadhan rupanya, kira-kira lebih kurang tak sampai setengah bulan sahaja lagi. Wah! lama betul aku tak menjengah ke laman blog aku ni, makan setahun jugak lamanya sampai nak update pun tak berpeluang langsung…insyaallah akan ku cuba sibuk-sibukkan diri mengisi masa sedikit yang ada mencoret apa yang termampu selepas ini. Maklumlah, sibuk sangat dengan tugasan seharian lebih-lebih lagi di tempat kerja yang baru, walaupun bidang kerjanya tetap tak berubah. Hhmmm,,,,tak macam dulu banyak masa dihabiskan membaca dan melayari internet semasa waktu bekerja. Nak buat macam mana, rezeki aku di tempat dulu tak mampu bertahan lama disebabkan krisis dalaman yang “terlampau”, sakit kepala otak kalau difikir-fikirkan lagi. Alhamdulillah, berkat kesabaranku, dapat jua aku meneruskan langkah mengejar cita-cita di dalam bidang yang amat dicintai, Segala onak dan duri kutempuh lepas bebas bagai terlepas dari penjara hidup selama 2 bulan lamanya. Bukan memilih kerja tetapi tak match langsung dengan kehendak jiwa, sabar je lah Labu! Hah, hari ini, sempat jugak mencuri masa aku yang sememangnya sibuk untuk melayari blog dan secara tak langsung dapat jugak aku memuatkan cerita-cerita terbaruku sepanjang beberapa bulan sebelum ini. Kalau nak tahu, aku ni “pengecut” orangnya, hehehehehhe, bukan apa, takut dengan “ketinggian” senang cerita gayatlah katakan, disebabkan penakut punya pasal, aku lebih selesa bergerak menggunakan kenderaan darat apabila menikmati sebarang percutian. Hehehehehehehe, nak terburai isi perut ketawa sendirian tatkala terkenang membayangkan aku melayang-layang di puncak gunung dan lembah menatap panorama indah Pulau Langkawi semasa menaiki kereta kabel tertingi di Asia Tenggara.Gila apa aku nih! Nak cuba punya pasal….layannn,Sampaikan ramai sepupu perempuan yang lebih muda daripada aku mentertawakan aku di atas sana, bayangkan mereka ke hulu hilir dengan beraninya merentasi jambatan gantung yang bergoyang-goyang di tiup angin, sambil merakam memori indah bersama-sama……perghhhhhh, yang aku ni duduk membatu di tepi tangga sambil memikirkan bila lah agaknya nak turun ke bawah….tak sabar rasanya.huh! Tapi, roller coaster dan space shoot di Genting aku pernah cuba tau! Tak pula sedasyhat ini. Kira berani jugak lah aku ni huh! Jangan pandang aku sebelah mata tau!. Alah bisa tegal biasa, kalau naik hari-hari tak mungkin aku takut…….. betul tak? Tetapi dah bukan hari-hari aku kene naik,paham-paham je lah.


Nak dijadikan cerita tanpa dirancang aku dan juga kawan-kawanku tertempah pulak tiket penerbangan ke Kuching pada 28 Mac 2009, WoW! gasaklah aku, akhirnya hari yang ditunggu pun tiba, Kami pun selamat berlepas ke Sarawak melalui penerbangan AK5206 dan menginap di TUNE Hotel Waterfront.

Punya lah gabra tak tau nak cakap semasa kaki melangkah masuk ke perut pesawat merah putih tu. Lama jugak aku terapung-apung di udara lebih kurang satu jam lebih ...nasib baik penerbangan sulung aku tu tidak mengalami sebarang masalah. Kalau tidak, tak mungkin aku memilih Air Asia sebagai transport percutianku untuk kali kedua dan seterusnya……Murah dan Cepat sampai…… cayok!!!cayok!!!! Pada malam hari aku menegambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar waterfront sambil menikmati burger yang ada dijual di situ. Ramai juga orang mundar mandir malam-malam begini, termasuk pelancong asing yang asyik terpaku menghurung seorang pemain alat muzik tradisional Sarawak di satu sudut pejalan kaki, mengalunkan melodi indah irama Bumi Kenyalang.Memang asyik dan mempesonakan! Aku juga tidak terkecuali mencari ruang dan peluang untuk duduk berdekatan sambil menghayati lagu-lagu yang dimainkan sambil berehat-rehat di situ. Aku sememangnya cukup gemar dengan irama asli sebegini…lebih-lebih lagi untuk didengar pada malam hari, dan juga yang paling penting waktu dan semasa aku menghabiskan masa bercuti di luar KL.


Orang kata kalau ke Sarawak jangan lupa mencuba makanan yang sangat popular seperti laksa sarawak dan juga mee kolok. Memang lapar dibuatnya bila kedua-dua makanan yang aku pesan berada di atas meja. Apa lagi, time untuk makan………semua aku belasah. Dan tak lupa juga, aku sempat membawa pulang kek lapis Sarawak sebelum berlepas ke lapangan terbang. Bagaimana warna warninya kek yang aku beli itu, begitu lah jua indahnya pengalaman ku berada sekejap di negeri Bumi Kenyalang.

Tuesday, August 4, 2009

Behind the Scenes

Sepanjang meninggalkan zaman study dulu, tidak pernah terlintas di fikiran untuk melanjutkan pengajianku ke peringkat master.Lapan tahun berlalu tanpa kusedar bertungkus lumus mengabdi diri mencari rezeki, menimba pengalaman,sudah sampai masanya untuk aku berubah angin. Lantas,borang TPM aku penuhi dengan maklumat lengkap dan terus kukirim by hand ke pusat pengajian tinggi awam paling dikenali di Bandar Anggerik itu, tidak lama kemudian, mulalah aku berangan jauh terbang ke UK sambil menanti panggilan surat temuduga. Kalau cukup syaratnya, murah rezeki pulak tu dapat lah aku menjejakkan kaki ke benua Eropah, menyambung pengajian Design Management untuk bergelar seorang pensyarah. Walaupun aku terpaksa menghabiskan pengajian terlebih dahulu selama lebih kurang setahun ke dua tahun, namun ianya tidak langsung melemahkan semangat aku untuk berbuat demikian. Insyaallah dengan keyakinan yang ada aku terus menadah tangan memohon pengharapan dari yang Maha Esa.Selang beberapa bulan selepas itu, rezeki aku mula menampakkan tanda-tanda positif. Aku memang tidak menyangka langsung akan dipanggil temuduga. Langkah terakhir aku rapati dengan hati gembira bukan kepalang, namun tidak semena-mena aku tewas hadir pada hari yang dijanjikan...Ya Allah! Mungkin tersembunyi hikmah di sebalik apa yang telah berlaku.Tanpa mengetahui apakah puncanya, aku terpinga-pinga, sendiri tidak mengerti. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Pengalaman lalu bersama rakan-rakan seangkatan menerjah fikiran, Saat-saat pahit dan manis semasa bergelar mahasiswa suatu ketika dahulu bermain di mata. Rentetan kenangan ini akan terus menjadi lipatan sejarah dalam hidupku. Walau apapun yang terjadi, untukmu Man tahniah di atas kejayaanmu terdahulu. Teruskan usaha!


Gemilang

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini
Bersama-sama, tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama,tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar

* Terima kasih untuk romi kerana sama-sama menyumbang tenaga mendapatkan lirik yang amat bermakna buat diriku ini...hheheheheheh!