Sunday, November 8, 2009

Kebodohanku = Kesakitan yang tidak tertanggung!

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa, Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu…tetapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH, biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN BERBICARA, Bersyukurlah dengan kehadiran mereka semuanya kerana barangkali melaluinyalah kita mengerti apa itu erti persahabatan.

Dari itu, sememangnya adakah aku terlalu bodoh mengaharapkan “sesuatu” yang belum pasti bahagia. Melalui hari-hari yang sakit sebegini kadang-kadang boleh membuatkan aku hilang pertimbangan. Kenapa aku mesti mengharapkan ini semua dalam hidup, Mengintai kawan untuk menemui sahabat sejati, mencari sahabat untuk menemui kasih sayang yang suci murni, Tercari-cari Kekasih untuk menemui cinta yang abadi. Bukan mudah untuk aku temui semua ini…malah amat sukar untuk dimengerti. Namun,mulai hari ini, insyAllah aku berjanji tidak akan berkongsi cerita hidup suka duka pada sesiapa lagi. Kekalutan, kebodohan, juga kegembiraan serta ketenangan yang melanda akan cuba kusimpan rapi dalam diari kalbuku.

Harapanku agar setiap yang terjadi tidak akan menyakiti sesiapa lagi. Aku pasrah…Aku yang berdosa! Aku rupanya tersedar yang aku tersilap langkah dalam meniti hari silih berganti. Aku pasti juga yang sepatutnya aku tidak perlu berkongsi apa-apa lagi suka duka kehidupan ini melainkan hanya dengan pepohon, unggas dan juga makhlukNya yang lain kecuali insan bernama 'manusia'. Malah, kepercayaan aku terhadap insan juga semakin susut hari demi hari, lantas aku lebih senang bersendirian...


0 comments: