Monday, November 23, 2009

Barisan para pencuit hati...

Memang tidak dapat nak dinafikan, untuk mengaturkan pertemuan bagi sesi photoshoot ini amat sukar sekali, Masing-masing punya ego sendiri. Tak padan dengan kecik (2budak perempuan), jeritan mereka boleh membingitkan telinga. Yang hero seorang lagi, mengalahkan orang besar bila bercakap. Kalau mereka bertiga sudah bertengkar...alamatnya hiruk pikuklah satu kapal!.Namun, akhirnya berjaya jugak aku laksanakan tugas sebagai photographer sambilan malam tadi...tahniah untuk barisan kanak-kanak riang kerana telah diumpan dengan jayanya oleh Pak Ngah Publication (MRA) untuk disatukan di alam maya ini. Kepulangan anda bertiga ke kampung pada musim cuti sekolah begini memang sangat dialu-alukan. Kehadiran yang cukup menggamatkan suasana, boleh pengsan nenek Milah dibuatnya...Para ibu-ibu, dan juga bapa-bapa diharap dapat mengawasi gerak geri anak anda, terima kasih!

Sunday, November 15, 2009

Bila Ketenangan Menyelimut Diri

Telah lama aku mencari, baru sekarang aku berjumpa…Sudah puas aku menghukum diri ini tanpa rasa bersalah, tanpa meletakkan sekelumit rasa hina, miskin, lemah dan jahil pada diri sendiri. Hakikatnya tidak ada apa yang perlu diragui lagi dalam menelusuri hidup ini, segala yang tersurat memiliki hikmah yang yang tersirat yang juga adalah kurnia termahal bagi mereka yang benar-benar beriman. Kebahagiaan yang kucari selama ini rupanya terlalu dekat untuk digapai. Semua orang memang layak untuk bahagia rupanya… asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Inilah bukti keadilan Allah S.W.T. terhadap hambanya di dunia ini.

Begitu pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang yang selalu menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirnya… Ungkapan yang terkenal berbunyi “ We can’t direct the wind but we can adjust our sail”. Kita memang tidak mampu mengawal arah tiupan angin, tetapi kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Baik dan buruk sesuatu itu hanya pada pandangan kita yang amat terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua yang terjadi pastinya adalah yang terbaik. Setiap manusia dituntut untuk mentadbir diri sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Dengan itu tidak perlu kita mengembara jauh ke serata dunia dalam mencari erti bahagia, segalanya yang di cari terlalu dekat…hanya berada dalam hati sendiri.


Z adalah kunci utama untuk mencapai kebahagian hidup ini, diimbangi pula dengan DSS yang menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Ianya tersangat diperlukan dalam hidup ini ibarat ikan perlukan air untuk terus bernafas. Tanpanya, hati manusia akan mati… “ La tahzan innallaha maana”. Dengan rasa penuh kehambaan dan rasa ketuhanan, harapanku agar diri ini dapat terus dipimpin ke arah hidup yang lebih sempurna. Amin…amin…amin ya rabbal alamin.

Sunday, November 8, 2009

Kebodohanku = Kesakitan yang tidak tertanggung!

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa, Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu…tetapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH, biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN BERBICARA, Bersyukurlah dengan kehadiran mereka semuanya kerana barangkali melaluinyalah kita mengerti apa itu erti persahabatan.

Dari itu, sememangnya adakah aku terlalu bodoh mengaharapkan “sesuatu” yang belum pasti bahagia. Melalui hari-hari yang sakit sebegini kadang-kadang boleh membuatkan aku hilang pertimbangan. Kenapa aku mesti mengharapkan ini semua dalam hidup, Mengintai kawan untuk menemui sahabat sejati, mencari sahabat untuk menemui kasih sayang yang suci murni, Tercari-cari Kekasih untuk menemui cinta yang abadi. Bukan mudah untuk aku temui semua ini…malah amat sukar untuk dimengerti. Namun,mulai hari ini, insyAllah aku berjanji tidak akan berkongsi cerita hidup suka duka pada sesiapa lagi. Kekalutan, kebodohan, juga kegembiraan serta ketenangan yang melanda akan cuba kusimpan rapi dalam diari kalbuku.

Harapanku agar setiap yang terjadi tidak akan menyakiti sesiapa lagi. Aku pasrah…Aku yang berdosa! Aku rupanya tersedar yang aku tersilap langkah dalam meniti hari silih berganti. Aku pasti juga yang sepatutnya aku tidak perlu berkongsi apa-apa lagi suka duka kehidupan ini melainkan hanya dengan pepohon, unggas dan juga makhlukNya yang lain kecuali insan bernama 'manusia'. Malah, kepercayaan aku terhadap insan juga semakin susut hari demi hari, lantas aku lebih senang bersendirian...


Wednesday, November 4, 2009

"Susah-susah aje"

Dah lama tak jengah blog... bukan malas tapi banyak sangat masalah, bila time nak start entry baru je, macam-macam yang datang mengganggu seolah-olah cemburu betul dengan aku...padahal kisah yang aku nak kongsikan bukan cerita panas macam movie LD ke..., Michael Jackson´s This Is It ke..., atau apa-apa saja yang membuatkan orang teruja sangat nak pergi tengok wayang. Walaupun kisah ni dah macam nak basi tapi aku cuba juga usaha untuk dientrikan hahahahahha. Kalau nak tau, masa yang ciput aku ada untuk aku update blog aku ni pun ada juga insan yang cemburu secara tak sengaja... mana taknya, masa-masa sesak dan sibuk nak menaip ni ler orang tu sibuk nak berkongsi kisah "30 tips to be a perfect person" & "15 tips to be an Empowered Muslim". Kisahnya memang sangat menarik, tetapi aku betul-betul mintak maaf sebab terpaksa memberi perhatian pada apa yang aku sedang lakukan ni.... tapi jangan lah merajuk dan jugak risau ok, kau sendiri juga yang sediakan "handout" untuk aku menelaahnya kemudian. Thanx Fren. Berbalik cerita tadi, aku memang dah lama sangat nak makan ayam panggang/bakar sebenarnya, macam yang ada kat Pizza Hut tuh, apa nama dia? "Spicy Chicken Wings", disebabkan dah lama tak masuk restoran PH ni...tak tau lah ada lagi ke menu yang aku teringin sangat tuh...dan tak sure lah pulak sama ada ianya dalam set combo meals atau sensasi delight. cewah macam poyo plak aku nih! Memang dah lama sangat tak ke sana. Tapi takkan semata-mata teringin punya pasal, aku nak ke tempat yang boleh buat aku pokai...tul tak? Gila hapa! hahahahahha. Kenapa aku nak jugak story pasal ayam ni? sebabnya aku dah penat menyambar (sempat curi) kamera ketua editor juga merangkap bos aku yang pada masa tu betul-betul berada depan mata aku semasa aku asyik menikmati ayam panggang ni! memang lazat...nyami...nyami...nyami!. Aku dapat rasakan yang ayam ni lebih sedap dari ayam yang aku teringin sangat nak makan tuh!...so jangan lah pulak kembang bontot pada orang yang masak tu yea!. Aku jugak nak ucap terima kasih banyak-banyak pada insan yang macam paham-paham je aku tengah ngidam ayam panggang, sebab sudi membekalkan hidangan ini untuk aku walaupun dah berkali-kali aku pesan dengan kata-kata Felix kat dia "susah-susah aje". Sebab, kalau ikut pesanan aku memang dia akan susah agaknya...bunyinya sakit sikit..."Terima kasih daun keladi, kalau ada lebih, bawak lagi ok!... hahahahhahahah.