Monday, February 8, 2010

Tak pernah kusangka!


Bila nak kawen? Abangnya bila pulak? tah lah! macam-macam soalan yang menerjah bila usia menginjak tua...hah! tua ke? baru 30 tahun.......Kadang-kadang memang rasa terlambat, tapi kadang-kadang juga, rasa masih panjang lagi masa untuk itu semua. Pengorbanan untuk ibu dan abah pun masih belum terbalas. Mereka masih muda lagi dari pandangan mata aku, kerana masih banyak lagi tanggungjawab mereka terhadap keluarga dan anak-anak. Ini kan pula aku yang baru mencecah usia sebegini. Aku dapat rasakan selagi mereka hidup, aku tidak akan berkahwin selain hanya memikirkan soal kahwin, memanglah setiap ibu bapa ingin melihat anaknya ke jinjang pelamin sebelum menghembuskan nafas yang terakhir...Tapi dengan keadaan aku yang tidak mengizinkan, rasanya tidak sanggup aku nak menyusahkan diri.


Gusar, benci, marah, meluat dan bermacam-macam lagi yang bermain di benak fikiranku. Peristiwa malam tadi masih segar berlegar. Benarkah apa yang aku lihat dan dengar? Semua ini benar-benar membuatkan aku terlalu berhati-hati, lebih-lebih lagi dalam soal mencari jodoh. Kalau boleh aku tidak mahu masalah seperti ini menghantui hidup aku di hari muka. Aku akan terus berdoa supaya Allah jauhi diri ini dari perkara yang tidak diingini sambil mempermudahkan jalanku di dunia ini. Walaupun ku sedar,semua ini adalah ujian dariMu Ya Tuhan, tetapi kau kuat dan tetapkan semangatku untuk terus tabah mengharungi apa jua yang mendatang...Aku cuma seorang hamba, padaku ada tadbir, tetapi pada Allah segala Takdir, lalu akan kucuba serasikan tadbir mengikut takdirMu! Insyaallah. inilah hakikat kehidupan...

"Ada ujian yang datang melanda, ada perangkap menunggu mangsa, Akan ku kuatkan kaki melangkah, Bila disapa duri yang menanti, Akan kukaburkan mata yang meratap, Pada debu yang pasti hinggap, Mengharap senang dalam berjuang, Bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, Pangkalnya jauh hujungya belum tiba."




Wednesday, February 3, 2010

Happy Birthday buat Abah dan Acu


Abah, anakmu di sini ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR, semoga abah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Harapanku agar abah dapat memanfaatkan hari2 senja begini untuk menebus kembali kesilapan masa lampau. Aku sedar, walaupun tindak tanduk anakmu ini jarang menyenangkan hatimu, maafkan aku... tidak terlintas di hati ini untuk berbuat demikian, walaubagaimana dirimu saklipun, kau tetap abahku. Harapanku agar bermula dari saat ini, kau cubalah buka minda dan berhijrahlah demi kebahagiaan kita sekeluarga di dunia dan akhirat. Sekali lagi anakmu ingin mendoakan agar dirimu dirahmati dan sejahtera bahagia hendaknya. Sayang abah......


Acu..... ko plak aku harap-harap sangat boleh jadi manusia yang berguna satu masa nanti, doa abangmu agar kau berjaya dalam bidang yang kau ceburi. Buktikan yang kita semua boleh ya! aku akan sentiasa memberi sokongan yang termampu. Jangan kau lupa jasa mak ayah kita yang banyak berkorban demi kehidupan kita di masa depan. Sempena harijadi mu ini, abang doakan kau dipanjangkan umur dan dilimpahi rezeki. Ingat pesan ini, "hanya kita yang dapat apa yang kita mahukan"...ayuh kita sama-sama, kuatkan semangat untuk mengharungi dunia yang penuh dugaan ini. Semoga Allah dapat memberi sedikit ruang dan peluang itu untuk kita sama-sama mengecapinya satu masa nanti. Amin...

Kau yang Terbuang!

Begitulah ungkapan yang paling serasi sekali bilamana aku dapat tau semua berita itu semalam. Terharu dan terkedu juga dibuatnya. Tapi alhamdulillah, segalanya selesai...Tuhan itu Maha Adil, cuma dia tak mahu aku sekeluarga susah, aku sangat-sangat berterima kasih padamu Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku dan keluargaku dalam menghadapi hari-hari mendatang, amin.


Buat cicak kubing hitam, hiduplah kau dalam dunia yang seangkatan denganmu, jangan cuba kau ganggu gugat kehidupan manusia lain di dunia ini. Ingatlah, walaupun kau boleh berubah-ubah warna, tetapi jangan kau lupa yang hidup ini cuma lah sementara, dan sebenarnya kau adalah cicak kubing yang mati dalam hidup ini, sehingga kau benar-benar mati, baru lah kau akan sedar akan hakikat "kehidupan" ini. Pergilah kau dan jua spesis kau dari halaman ini........Selamat Tinggal!