
Wednesday, December 16, 2009
Teman baruku Bluebeben

Posted by Ritz at 6:12 PM 0 comments
Monday, November 23, 2009
Barisan para pencuit hati...
Memang tidak dapat nak dinafikan, untuk mengaturkan pertemuan bagi sesi photoshoot ini amat sukar sekali, Masing-masing punya ego sendiri. Tak padan dengan kecik (2budak perempuan), jeritan mereka boleh membingitkan telinga. Yang hero seorang lagi, mengalahkan orang besar bila bercakap. Kalau mereka bertiga sudah bertengkar...alamatnya hiruk pikuklah satu kapal!.Namun, akhirnya berjaya jugak aku laksanakan tugas sebagai photographer sambilan malam tadi...tahniah untuk barisan kanak-kanak riang kerana telah diumpan dengan jayanya oleh Pak Ngah Publication (MRA) untuk disatukan di alam maya ini. Kepulangan anda bertiga ke kampung pada musim cuti sekolah begini memang sangat dialu-alukan. Kehadiran yang cukup menggamatkan suasana, boleh pengsan nenek Milah dibuatnya...Para ibu-ibu, dan juga bapa-bapa diharap dapat mengawasi gerak geri anak anda, terima kasih!
Posted by Ritz at 5:38 PM 3 comments
Sunday, November 15, 2009
Bila Ketenangan Menyelimut Diri
Telah lama aku mencari, baru sekarang aku berjumpa…Sudah puas aku menghukum diri ini tanpa rasa bersalah, tanpa meletakkan sekelumit rasa hina, miskin, lemah dan jahil pada diri sendiri. Hakikatnya tidak ada apa yang perlu diragui lagi dalam menelusuri hidup ini, segala yang tersurat memiliki hikmah yang yang tersirat yang juga adalah kurnia termahal bagi mereka yang benar-benar beriman. Kebahagiaan yang kucari selama ini rupanya terlalu dekat untuk digapai. Semua orang memang layak untuk bahagia rupanya… asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Inilah bukti keadilan Allah S.W.T. terhadap hambanya di dunia ini.Posted by Ritz at 5:47 PM 0 comments
Sunday, November 8, 2009
Kebodohanku = Kesakitan yang tidak tertanggung!
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa, Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu…tetapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH, biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN BERBICARA, Bersyukurlah dengan kehadiran mereka semuanya kerana barangkali melaluinyalah kita mengerti apa itu erti persahabatan.
Dari itu, sememangnya adakah aku terlalu bodoh mengaharapkan “sesuatu” yang belum pasti bahagia. Melalui hari-hari yang sakit sebegini kadang-kadang boleh membuatkan aku hilang pertimbangan. Kenapa aku mesti mengharapkan ini semua dalam hidup, Mengintai kawan untuk menemui sahabat sejati, mencari sahabat untuk menemui kasih sayang yang suci murni, Tercari-cari Kekasih untuk menemui cinta yang abadi. Bukan mudah untuk aku temui semua ini…malah amat sukar untuk dimengerti. Namun,mulai hari ini, insyAllah aku berjanji tidak akan berkongsi cerita hidup suka duka pada sesiapa lagi. Kekalutan, kebodohan, juga kegembiraan serta ketenangan yang melanda akan cuba kusimpan rapi dalam diari kalbuku.
Harapanku agar setiap yang terjadi tidak akan menyakiti sesiapa lagi. Aku pasrah…Aku yang berdosa! Aku rupanya tersedar yang aku tersilap langkah dalam meniti hari silih berganti. Aku pasti juga yang sepatutnya aku tidak perlu berkongsi apa-apa lagi suka duka kehidupan ini melainkan hanya dengan pepohon, unggas dan juga makhlukNya yang lain kecuali insan bernama 'manusia'. Malah, kepercayaan aku terhadap insan juga semakin susut hari demi hari, lantas aku lebih senang bersendirian...

Posted by Ritz at 5:16 PM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
"Susah-susah aje"
Dah lama tak jengah blog... bukan malas tapi banyak sangat masalah, bila time nak start entry baru je, macam-macam yang datang mengganggu seolah-olah cemburu betul dengan aku...padahal kisah yang aku nak kongsikan bukan cerita panas macam movie LD ke..., Michael Jackson´s This Is It ke..., atau apa-apa saja yang membuatkan orang teruja sangat nak pergi tengok wayang. Walaupun kisah ni dah macam nak basi tapi aku cuba juga usaha untuk dientrikan hahahahahha. Kalau nak tau, masa yang ciput aku ada untuk aku update blog aku ni pun ada juga insan yang cemburu secara tak sengaja... mana taknya, masa-masa sesak dan sibuk nak menaip ni ler orang tu sibuk nak berkongsi kisah "30 tips to be a perfect person" & "15 tips to be an Empowered Muslim". Kisahnya memang sangat menarik, tetapi aku betul-betul mintak maaf sebab terpaksa memberi perhatian pada apa yang aku sedang lakukan ni.... tapi jangan lah merajuk dan jugak risau ok, kau sendiri juga yang sediakan "handout" untuk aku menelaahnya kemudian. Thanx Fren. Berbalik cerita tadi, aku memang dah lama sangat nak makan ayam panggang/bakar sebenarnya, macam yang ada kat Pizza Hut tuh, apa nama dia? "Spicy Chicken Wings", disebabkan dah lama tak masuk restoran PH ni...tak tau lah ada lagi ke menu yang aku teringin sangat tuh...dan tak sure lah pulak sama ada ianya dalam set combo meals atau sensasi delight. cewah macam poyo plak aku nih! Memang dah lama sangat tak ke sana. Tapi takkan semata-mata teringin punya pasal, aku nak ke tempat yang boleh buat aku pokai...tul tak? Gila hapa! hahahahahha. Kenapa aku nak jugak story pasal ayam ni? sebabnya aku dah penat menyambar (sempat curi) kamera ketua editor juga merangkap bos aku yang pada masa tu betul-betul berada depan mata aku semasa aku asyik menikmati ayam panggang ni! memang lazat...nyami...nyami...nyami!. Aku dapat rasakan yang ayam ni lebih sedap dari ayam yang aku teringin sangat nak makan tuh!...so jangan lah pulak kembang bontot pada orang yang masak tu yea!. Aku jugak nak ucap terima kasih banyak-banyak pada insan yang macam paham-paham je aku tengah ngidam ayam panggang, sebab sudi membekalkan hidangan ini untuk aku walaupun dah berkali-kali aku pesan dengan kata-kata Felix kat dia "susah-susah aje". Sebab, kalau ikut pesanan aku memang dia akan susah agaknya...bunyinya sakit sikit..."Terima kasih daun keladi, kalau ada lebih, bawak lagi ok!... hahahahhahahah.Posted by Ritz at 9:31 PM 1 comments
Tuesday, October 20, 2009
Thanx a lot ya!
Posted by Ritz at 7:14 PM 0 comments
Monday, October 19, 2009
Selangkah ke Alam Misteri...
Tidak seperti hujung-hujung minggu yang selalu aku lalui, sabtu lepas, pagi-pagi lagi aku sudah bersiap nak ke rumah aunty Esah aku di Klang. Nasib baik keadaan jalanraya tidak sesibuk kaum India yang beragama hindu merayakan festival cahaya yang jatuh pada hari tersebut. Aku terus memecut kereta merentasi Damansara kemudian ke Petaling Jaya sebelum melalui jalan pintas Kesas Highway untuk ke Sijangkang. Lebih kurang setengah jam sahaja kami tiba di sana. Seperti yang bapa aku janjikan minggu lepas, dia akan menunggu kami di sana, tetapi pagi itu dia terlebih dahulu menemani kawannya untuk berubat di tempat yang sama bakal ku bawa ibuku sebentar lagi… Sabtu itu sangat berbeza kurasakan,…Dengan hati yang berat aku terus menuruti kereta uncle dan auntieku ke rumah tukang ubat yang diperkatakan itu. Kami bertiga ke sana bertujuan untuk mengubati derita sakit ibuku yang dihidapinya hampir 13 tahun lamanya…Sudah sekian lama ibu tidak sihat dan asyik mengadu kesakitan. Semakin hari semakin teruk jadinya. Makan pun tak lalu, dada dan sendi semuanya sakit-sakit, jalan pun tak larat mengalahkan nenek berusia 70 tahun. Ibu juga sering marah-marah, dan menjadi bengis ‘semacam’…tak seceria dulu lagi, habis semua anak cucu dimarahinya jika sengaja buat pasal. Kata orang, ada saka dalam badan ibu? Apa? betulkah saka itu yang menguasai seluruh pelusuk tubuh ibu? Akupun tak pasti. Tapi sehari sebelum kami hendak pergi berubat tu, macam-macam yang ibu mimpikan, “mimpi hantu” kata ibu, seorang yang mirip wanita bertudung menjelma separuh badan, turun naik bergantungan menggangu lena ibuku. bagaikan tanda yang ianya tidak mahu melepaskan ibu.
Sebenarnya memang aku tidak pernah percaya kepada benda-benda sebegitu. Ah! “Apa yang kau mahukan dari ibuku?”…Tolonglah pergi!, jangan kau ganggu hidup ibuku…sudah puas aku melihat derita yang ditanggungnya. Tak sanggup rasanya ianya terus-terusan begini. Cukup cukup lah tu. Aku sangat berharap agar usaha kami kali ini berhasil dengan bertemu Pakcik Nan si tukang ubat dari Kg. Delek Sungai Sireh itu. Dengan rahmat dan pertolongan dari Allah hanya satu pintaku. Kau sembuhkanlah penyakit ibuku.

Pada ketika ini, semua sendi-sendi ibu diurut dan dibetulkan, berkerut-kerut muka ibu menahan kesakitan. Memandangkan ramai orang disekeliling ibu, jeritan ibu hanya mampu didengari oleh dirinya sendiri sahaja. Tangan ibu yang tidak dapat diangkat mampu digerakkan melebihi 90 darjah, sendi kaki ibu yang selalu membuatkan ibu susah untuk solat, bangun dan berjalan sudah dibetulkan. Segala toksik di dalam tubuh ibu segera dibuang dan dibersihkan. Kawasan pinggang dan dada ibu yang paling teruk sakit juga di pulihkan sedikit demi sedikit. Selang beberapa minit selepas itu, wajah ibu berseri dan dengan tidak semena-mena ibu mampu mengukir senyuman. Ibu tidak lagi dalam penguasaan “mereka-meraka” yang tidak diperlukan itu. Badan ibu terasa ringan sekali dan perwatakan ibu terus bertukar sedikit ceria, tak macam selalu. Syukur alhamdulillah…Kalau dahulu, aku sudah cukup terbiasa melihat keadaan badan ibu semasa mengurutnya penuh dengan kesan cakaran, bintat-bintat dan juga lebam-lebam merah hitam...tapi kini aku bagaikan tidak percaya, sekelip mata semuanya sudah tiada lagi dari pandangan mata ini. Badan dan juga kaki ibu menjadi bersih sebersihnya seolah-olah tanpa pernah ada yang menyentuhnya.
Sekembalinya aku dari mengubati ibu, aku teringat pesan si tukang ubat agar botol-botol itu ditanam dan bukannya di buang ke sungai atau tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Lantas, sebelum aku kuburi botol-botol itu, sempat juga aku mendapatkan telefon bimbit dan cuba mengimbas setiap botol yang terisi makhluk-makhluk halus itu, kerana sebelum ini, Pakcik Nan pernah menunjukkan isi botol kepada bapaku semasa mengubati penyakitnya minggu sudah. Uncle aku juga sempat melihatnya. Rangka tengkorak serta makhluk hitam menyerupai beruang dan berbulu jelas terlihat di dalamnya. Mungkin jika nasib aku baik, aku akan bertemu dengan salah seekor daripada keturunannya. Namun segala usahaku tidak membuahkan hasil. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke belakang rumah dan mendapatkan cangkul untuk melakukan kerja-kerja terakhir sebelum sebarang kejadian menimpa sesiapa, lebih-lebih lagi anak buahku yang sememangnya lemah semangat kebetulan datang bercuti di rumah neneknya. Sehingga hari ini, proses menguburi botol-botol tersebut masih bermain dimindaku. Sukar untuk aku memadamlenyap dari ingatan ini. Di suatu sudut bawah sebatang pokok pisang berhampiran dengan rumah ustaz Mail telah ku langsaikan segalanya…
Posted by Ritz at 8:58 PM 0 comments
Thursday, October 15, 2009
தீபாவளி
Posted by Ritz at 7:44 PM 0 comments
Wednesday, October 14, 2009
Durian sesat!

Marvellous !!!Posted by Ritz at 8:53 PM 0 comments
Tuesday, October 13, 2009
Cafe + Packaging = Teh cina

Mengikut lagenda, teh telah ditemui secara tidak sengaja oleh Maharaja Shen Nung pada 2737 BCE, sewaktu era lima Raja (Dinasti). Daun dari sepohon pokok telah jatuh ke dalam air mendidih dalam sebuah kendi dan aroma campuran itu membuat maharaja tidak dapat menahan keinginannya untuk merasanya. Baginda yang terpegun dengan penemuannya itu dan menjadikannya sebagai minuman kebangsaan. Pokok tersebut yang dikenali sebagai Camellia, kini tumbuh melata di China. Orang Cina percaya teh memiliki khahsiat yang boleh menangkis penyakit dan menjaga kesihatan. Salah satu jenis teh Cina yang paling digemari adalah teh hijau.
Inilah hasil proposal pertama yang tak sempat diperbincangkan (packaging untuk teh cina). Sebenarnya, kalau step pertama ini dah dipersetujui barulah kesemua maklumat dan juga tittle yang terdapat pada packaging ini diubah kepada Bahasa Melayu agaknya....supaya ianya lebih menampakkan 'mesra Malaysia'. Jangan tersilap pulak gambar ni bukan shoot ok! sekadar artist impression je sebab mock up tak sempat nak buat pada masa tuh huhuhh!!! Posted by Ritz at 10:08 PM 0 comments
Sunday, October 11, 2009
Mencari damai di TLWC Port Dickson


Sesekali mencari kelainan dengan bercuti di resort terapung pasti menyeronokkan. Perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur membelah lebuh raya Utara Selatan hanya mengambil masa 1 jam 15 minit tidak akan terasa apabila menikmati percutian di sini. Lokasi pilihan aku kali ini adalah di The Legend Water Chalets yang terletak di Port Dickson. Ianya memberi peluang merasai hembusan bayu segar dari Selat Melaka yang membelai mesra serta kebiruan air laut yang memukau pandangan mata. Jiwa dan raga pasti tertawan dengan keunikan chalets yang mendapat sentuhan gaya tipikal bali ini. Suite room yang terapung membuatkan aku seolah-olah berada di atas sebuah kapal pelayaran mewah yang sedang merentasi samudera luas. Percutian yang menjanjikan kepuasan dan sungguh mendamaikan ini pastinya menjadi saat-saat yang tidak mungkin dapat aku lupakan.






Posted by Ritz at 6:09 PM 0 comments
Thursday, October 8, 2009
Harapanku… Pintaku …PerkenanMu…

"Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan..."
Posted by Ritz at 6:27 PM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
Rindu libur lagi...
Tak sabar rasanya nak bercuti di TLWCPD, hanya tinggal sehari aje lagi...yahooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!
Posted by Ritz at 6:35 PM 0 comments
Monday, October 5, 2009
Gigiku sakit, nyut...nyut berdenyut!
Dah lama aku tidak merasai sakit gigi semenjak hampir sepuluh tahun yang lalu. Itu pun setelah membuat rawatan tampalan gigi berlubang semasa aku masih menuntut di IPTA. Masa tu, aku memilih klinik swasta di sekitar tempat tinggalku, memandangkan proses rawatan yang dilakukan memang cepat dan cuma mahal lah sedikit dari yang biasa. Tapi aku tak peduli, janji aku tidak perlu menahan kesakitan yang panjang. Dengan menggunakan saki baki duit pinjaman belajar yang ada, aku yakin ianya mampu membiayai kos rawatan yang diperlukan. Namun yang kujangkakan cuma sekitar RM100-150 dan tidak lebih dari itu. Tetapi aku telah kehabisan sehingga hampir RM400. perghhhhhh cekik darah betul doktor nih! Sabar je lah… rupa-rupanya disebabkan nak cari duit lebih, hampir habis kesemua gigi aku diperiksa dan ditampal walaupun hanya berlubang sebesar lubang jarum. Cis! Dasyhat sungguh… Setelah sekian lama ianya berlalu, kali ini kawasan rahang bawah aku mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat lagi, nak kata cuaca panas tak juga, aku terfikir mungkin nak tumbuh gigi bongsu kot? Hahahaahhah. Sehingga sekarang aku masih tak pasti berapa jumlah kesemua gigi yang aku ada. Hebat kan? Yang penting aku dapat menikmati makanan dan minuman tanpa ada sebarang permasalahan. Pada jumaat lepas, sambil aku mengurut rahang dan memerhati gigi-gigi aku yang cantik tersusun ni, tiba-tiba aku terperasan yang geraham bawah aku yang ditampal sekian lama dulu terkopak separuh. Perghhhhhhh! patut lah sengal dan ngilu terasa bila mana selepas saja aku makan. Aduhhhh… gasaklah, inilah saat-saat yang paling mencemaskan dan yang paling aku tidak gemar sekiranya gigiku ini buat pasal. Bukan apa, ramai yang kata sakit gigi lebih seksa dari melahirkan, Apa benar? Mungkin ada benarnya sebab memang aku pernah rasa seksanya sakit gigi semasa aku kecil-kecil dulu, dah lah tak boleh menahan sakitnya, nak kene tunggu pulak klinik gigi kerajaan dekat bangsar yang hanya buka dan beroperasi setiap sabtu aje. Tuhan aje yang tahu betapa sakit dan derita kutanggung menantikan hari untuk mencabutnya. Kini, sekali lagi ianya melanda diriku, aku harus membuat keputusan yang tepat dan paling cepat untuk mengawal gigi aku yang rosak ni dari terus sakit nanti, lantas aku bertekad untuk berjumpa doktor gigi pada hari ini, walaupun pada hakikatnya aku tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tak sanggup untuk membuang geraham bawah yang sangat berjasa pada diriku. Kalau boleh aku ingin membuat tampalan sementara agar ianya mampu diselamatkan dan aku masih lagi boleh menikmati makanan seperti biasa. Selain itu aku juga paling penakut untuk membuat rawatan gigi sama ada untuk mencabut atau sebaliknya. Yang paling tak tahan bila mana doktor menggodek-godek gigi semasa proses itu. Sebelum kesakitan yang amat dasyhat berlaku lebih baik aku membuat sesuatu.... bisik hatiku. Ayuh! pagi ini, aku telah berangkat ke klinik rawatan gigi kerajaan untuk membuat tampalan sementara gigiku ini. Segala proses berjalan lancar. Walaupun berdebar-debar, namun semuanya selamat. Walaupun terpaksa menunggu lama sedikit, tetapi aku cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Dengan hanya RM3, aku mampu tersenyum seperti sedia kala. Thank you doktor...Posted by Ritz at 9:02 PM 0 comments
Friday, October 2, 2009
Peringatan untuk bertaubat...
Sikit lagi aku nak kene hentam... Cilakak punya kelisa, agak-agak lah sikit bawak kereta tuh! Aku memang cukup pantang bila orang bawak kereta macam takda otak. Aku cuma tak nampak muka orang yang bawak pagi tadi. Aku boleh agak mesti pemandu tu seorang wanita. Biasak arr, bila nak kene langgar sket, aku perasan mesti pemandu wanita, kalau kereta yang bawak ikut sesuka hati je, mesti wanita, kalau lembab sangat pun sapa lagi kalau bukan wanita. perghhhh! Nasib baik horn motorsikal aku tercabut punat. Kalau tidak siang-siang lagi aku dah bagi pekak telinga kau sekuat hati!. Mata ada tak nak guna, buta apa? tak nampak orang kat sebelah kiri jalan ke? Side mirror kau tuh buat hiasan kereta apa?. Suka hati mak bapak kau je belok sana sini. Mualalah panas aku dibuatnya. Sudah lah kelmarin bangunan pejabat aku bergoyang, nasib baik tak runtuh. Kaget aku dibuatnya gara-gara gempa bumi kuat melanda Padang Indonesia. Semalam pulak server internet buat hal, lembab macam siput babi jalan terbalik! Sakit hati ini Tuhan je yang tahu. Kerja pulak berlambak-lambak nak kene ammendt iklan dari client yang memang aku paling benci sekali. Berlagak! Siot je!, macam tak paham pulak aku tengah bengang! Rasa hati, hari ni tak mahu datang kerja, Selepas solat subuh aje aku pun terus sambung tidur. Jam menunjukkan 8.15 pagi, aku masih lagi melepek di atas katil hhuhuhuuhh, ibu pulak bising-bising kejutkan aku. Katanya dah lewat nih..... tak pergi kerja ke?... Memang niat hati tak mahu ke pejabat hari ni, alih-alih bangun jugak lah, bertembung pulak dengan kelisa tadi, Macam nak hempuk aje kepala pemandu tu... pagi-pagi dah buat hal. Nasib baik Tuhan masih sayangkan aku lagi (kan aku ni jahat huhuhu, buatnya mati katak, tak sempat nak bertaubat). So mungkin Dia bagi peringatan kat aku lekas lah sket sedar diri. Kalau tak disebabkan runtuhan bangunan, mana tau aku mati kene langgar pulak pagi tadi. Uishhhhhh dah 3 hari berturut-turut nasib tidak meneyebelahi aku nampaknya, Namun aku tetap bersyukur masih bernafas di bumi ini. Thanks Allah! Selamatkanlah hambamu ini dari perkara-perkara yang tidak diingini...Aminnn.Posted by Ritz at 12:26 AM 0 comments
Monday, September 28, 2009
Suatu Hari di Hari Raya!
Dah seminggu pun umat Islam merayakan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri, dan begitu juga aku bercuti menyambutnya. Ingatkan nak cuti 3 hari aje, alih-alih terpaksa drag sampai seminggu gara-gara kene warning dengan teman sepejabatku yang beria-ia bercuti meraikan hari raya. Katanya,… nak beraya sakan bersama teman-teman yang dah lama tak ketemu. Aku pun sebenarnya seronok juga kalau bercuti lama-lama ni, maklumlah dah lama tak merasa cuti panjang sebegini. Tahun ini, aku bersama team baru yang tak berapa nak besar sangat ni setelah beralih angin dari company lama, dapat pulak majikan sporting, hmmm….alangkah bahagianya kurasakan dapat meraikan 100% suasana hari raya bersama keluarga tanpa sebarang gangguan kerja dan sebagainya. Puas memang teramat puas!!!.Seperti raya tahun-tahun sudah, tahun ini juga tidak banyak bezanya, ibu pula tidak berapa nak sihat merayakan hari lebaran kali ini. Namun, keceriaan tetap terasa apabila along dan aida bergotong royong menyediakan juadah dia pagi raya. Dengan berpandukan resipi ibu, mereka bertungkus lumus menyiapkan segala hidangan untuk sekeluarga, alhamdulillah…walaupun tidak sehebat air tangan ibu, namun ianya berbaloi untuk dinikmati pada hari yang mulia. Raya kali ini memang tiada apa yang baru menghiasi teratak ibu, segala-galanya masih mengekalkan barang dan perabot yang sama termasuk langsir dulu yang masih elok dipakai. Walaupun keadaan kerusi sofa kurang memberangsangkan, aku mendapat idea untuk memperelokkannya untuk diguna sementara waktu di kala raya ini. Dekorasi hiasan dalaman sememangnya sudah menjadi tanggungjawab aku. Agar semuanya sedap dipandang mata, sentuhan ajaib tanganku saja yang dapat merealisasikannya. Aku amat bersyukur dapat melewati kesempatan beraya kali ini bersama keluarga, anak buah dan saudara mara tercinta. Arghhhhhhh rasa malas masih bersarang dalam diri, namun aku gagahi jua kaki melangkah untuk memulakan hari pertama bekerja selepas bercuti panjang. Yang pasti, kerja berlambak sedang menunggu!!!




Posted by Ritz at 5:52 PM 0 comments
Friday, September 18, 2009
Rasa Thai...
Janji tuan rumah yang selama ini tertangguh sudah pun tertunai, alhamdulillah. Walaupun dalam keadaan hujan dan rushing masih sempat tiba di restoran yang dituju walau sedikit kelewatan. Aku juga selamat sampai dengan pemanduan berhemah seorang wanita yang kutumpang tika itu, amin... Dan ini juga merupakan majlis berbuka puasa di luar yang terakhir untuk Ramadhan 1430 kali ini. Agar kenangan segar abadi dalam ingatan...Posted by Ritz at 12:01 AM 0 comments
Thursday, September 17, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Manjalara jadi saksi!
Posted by Ritz at 6:04 PM 0 comments
Tuesday, September 15, 2009
Tenggelam Dalam Lautan Kesedihan
Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak. Ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan, dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta. Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu."Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta."Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali,namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya. "Kegembiraan! Tolong aku!", teriak Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin panik. Tak lama lewatlah Kecantikan. "Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!", teriak Cinta. "Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan.
Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu.Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu," kata orang itu. "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku," tanya Cinta heran. "Sebab," kata orang itu, "Hanya Waktu-lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu ..
Posted by Ritz at 10:26 PM 0 comments
Tuesday, September 8, 2009
Cabaran Kak Om, 2009
To all UPSR candidates... Keep up the good work and wish u all luck. Especially to Kak Om... Selamat berjaya! Raya, raya jugak, get ready for the results later...kuang kuang kuang
Posted by Ritz at 10:50 PM 0 comments
Monday, September 7, 2009
Penumpang biadap!

Posted by Ritz at 6:11 PM 0 comments
Sunday, September 6, 2009
Pulangnya Wira ke pangkuan keluarga
“Acu…acu…..acu? Acu mana? Hi baru kejap ni aku nampak dia, dah keluar rupanya, bertuah punya budak!” bebel ibuku. Begitulah ungkapan yang sering kali dihamburkan ibu terhadap adik bongsuku yang sorang tu. Hah! pantang acu tiada di depan mata, mulalah tak senang duduk jadinya, lebih-lebih lagi bila acu menghilangkan diri secara senyap bertemu rakan-rakannya tanpa pengetahuan ibu. Kalau berenggang beberapa hari pun dah mula rindu-rinduan. Budak-budak remaja macam acu ni memang semuanya sama je, gemar menghabiskan masa bersama rakan hingga lupa keluarga di rumah. Apalah yang diorang tahu?. Lebih-lebih lagi baru sahaja selesai berperang dengan peperiksaan terbesar dalam hidup mereka. Bagaikan burung lepas dari sangkar, bebas sebebasnya. Macam aku jugak dulu-dulu. Wah! rasanya memang dah cukup dewasa untuk menentukan haluan sendiri. Tapi, hidup ini tidak seindah yang disangkakan. Baru sekarang aku mengerti betapa sukarnya menghadapi onak dan liku erti sebuah kehidupan. Untuk mereka yang masih muda, beringatlah!. Acu semakin ligat keluar rumah ke sana ke mari. Bagi aku, tak kisah sangat lah kan, asalkan kau pandai jaga diri, tidak melakukan pekerjaan yang bukan-bukan serta tidak menjatuhkan maruah keluarga. Itu sudah cukup baik!.
Posted by Ritz at 5:15 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
Itik gebu yang muram!
Tah kenapa tiba-tiba si itik gebu masam mencuka hari ni... kebetulan pula pagi-pagi lagi si ayam sudah terserempak dengan si itik gebu, "hai entah lah tik" bisik hati si ayam, datang bulan agaknya, maybe?...Tanpa segan silu si ayam pun mengucapkan selamat kepada itik gebu, lantas menyahut jugak si itik gebu menyambut salam daripada si ayam. Tetapi dengan muka selamba itik gebu terus berjalan terkedek-kedek menyusuri bahu jalan berdampingan dengan si ayam menuju ke tempat mencari makan. Apa lagi, melihatkan itik gebu semacam poyos hari ini, dengan senang hati si ayam pun terus mencari rezekinya sendirian tanpa mempedulikan itik gebu. Dalam hati si ayam berkata " hmmmmm kalau kau sombong sangat itik...ahh aku boleh seribu kali sombong tau! tak heran...". Dalam keadaan sunyi sepi itu, tiba-tiba datanglah si ketua musang menyibukkan diri. Nampak gayanya si musang pun tidak seceria itik gebu, tak mengapalah mungkin mereka dilanda masalah yang besar agaknya fikir si ayam, dari itu lebih baik jugak si ayam mendiamkan diri. Setelah penat mengais mengisi perut dengan rezeki yang ada sambil merayau-rayau, hari pun berlalu petang, tiba-tiba si ayam terlihat itik gebu terkocoh-kocoh mahu pulang. Rasanya terlalu awal... Kenapa ya? si ayam pasti yang si itik gebu mendapat panggilan kecemasan dari kaum keluarganya. Tidak sempat untuk menanyakan sesuatu, itik gebu terus mengibas-ngibaskan sayapnya terbang meninggalkan kawasan mencari makan. Si ayam pun kebingungan???. Walau apapun yang terjadi, "Ya Allah, Kau lindungilah kawan-kawaku dari segala bencana...dan Kau ringankanlah bebanan yang ditanggungnya, Amin, Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin." bisik hati kecil si ayamPosted by Ritz at 1:17 AM 1 comments
Thursday, August 27, 2009
Mengharap bebas yang tidak kunjung tiba!

Ketika mula menjejakkan kaki, Ketika itu bibit-bibit kebanggaan mula terasa, Ketika meniti sebuah kehidupan, Ketika itu terbit kealpaan… Ketika di dalam sebuah pencarian, Ketika itu dipukul badai, Ketika yang lain menerima pujian, Ketika itu rasa sendirian…Kini diteruskan sebuah pencarian, Demi mencari sebuah KEBEBASAN, Untuk menjamin sebuah kehidupan, lantaran menagih kesempurnaan, Moga-moga di suatu ketika, kini dan selamanya, menjanjikan seribu kebahagiaan.
*Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 52, kepada semua rakyat 1 Malaysia
Posted by Ritz at 6:56 PM 0 comments





