Tuesday, October 20, 2009
Thanx a lot ya!
Posted by Ritz at 7:14 PM 0 comments
Monday, October 19, 2009
Selangkah ke Alam Misteri...
Tidak seperti hujung-hujung minggu yang selalu aku lalui, sabtu lepas, pagi-pagi lagi aku sudah bersiap nak ke rumah aunty Esah aku di Klang. Nasib baik keadaan jalanraya tidak sesibuk kaum India yang beragama hindu merayakan festival cahaya yang jatuh pada hari tersebut. Aku terus memecut kereta merentasi Damansara kemudian ke Petaling Jaya sebelum melalui jalan pintas Kesas Highway untuk ke Sijangkang. Lebih kurang setengah jam sahaja kami tiba di sana. Seperti yang bapa aku janjikan minggu lepas, dia akan menunggu kami di sana, tetapi pagi itu dia terlebih dahulu menemani kawannya untuk berubat di tempat yang sama bakal ku bawa ibuku sebentar lagi… Sabtu itu sangat berbeza kurasakan,…Dengan hati yang berat aku terus menuruti kereta uncle dan auntieku ke rumah tukang ubat yang diperkatakan itu. Kami bertiga ke sana bertujuan untuk mengubati derita sakit ibuku yang dihidapinya hampir 13 tahun lamanya…Sudah sekian lama ibu tidak sihat dan asyik mengadu kesakitan. Semakin hari semakin teruk jadinya. Makan pun tak lalu, dada dan sendi semuanya sakit-sakit, jalan pun tak larat mengalahkan nenek berusia 70 tahun. Ibu juga sering marah-marah, dan menjadi bengis ‘semacam’…tak seceria dulu lagi, habis semua anak cucu dimarahinya jika sengaja buat pasal. Kata orang, ada saka dalam badan ibu? Apa? betulkah saka itu yang menguasai seluruh pelusuk tubuh ibu? Akupun tak pasti. Tapi sehari sebelum kami hendak pergi berubat tu, macam-macam yang ibu mimpikan, “mimpi hantu” kata ibu, seorang yang mirip wanita bertudung menjelma separuh badan, turun naik bergantungan menggangu lena ibuku. bagaikan tanda yang ianya tidak mahu melepaskan ibu.
Sebenarnya memang aku tidak pernah percaya kepada benda-benda sebegitu. Ah! “Apa yang kau mahukan dari ibuku?”…Tolonglah pergi!, jangan kau ganggu hidup ibuku…sudah puas aku melihat derita yang ditanggungnya. Tak sanggup rasanya ianya terus-terusan begini. Cukup cukup lah tu. Aku sangat berharap agar usaha kami kali ini berhasil dengan bertemu Pakcik Nan si tukang ubat dari Kg. Delek Sungai Sireh itu. Dengan rahmat dan pertolongan dari Allah hanya satu pintaku. Kau sembuhkanlah penyakit ibuku.

Pada ketika ini, semua sendi-sendi ibu diurut dan dibetulkan, berkerut-kerut muka ibu menahan kesakitan. Memandangkan ramai orang disekeliling ibu, jeritan ibu hanya mampu didengari oleh dirinya sendiri sahaja. Tangan ibu yang tidak dapat diangkat mampu digerakkan melebihi 90 darjah, sendi kaki ibu yang selalu membuatkan ibu susah untuk solat, bangun dan berjalan sudah dibetulkan. Segala toksik di dalam tubuh ibu segera dibuang dan dibersihkan. Kawasan pinggang dan dada ibu yang paling teruk sakit juga di pulihkan sedikit demi sedikit. Selang beberapa minit selepas itu, wajah ibu berseri dan dengan tidak semena-mena ibu mampu mengukir senyuman. Ibu tidak lagi dalam penguasaan “mereka-meraka” yang tidak diperlukan itu. Badan ibu terasa ringan sekali dan perwatakan ibu terus bertukar sedikit ceria, tak macam selalu. Syukur alhamdulillah…Kalau dahulu, aku sudah cukup terbiasa melihat keadaan badan ibu semasa mengurutnya penuh dengan kesan cakaran, bintat-bintat dan juga lebam-lebam merah hitam...tapi kini aku bagaikan tidak percaya, sekelip mata semuanya sudah tiada lagi dari pandangan mata ini. Badan dan juga kaki ibu menjadi bersih sebersihnya seolah-olah tanpa pernah ada yang menyentuhnya.
Sekembalinya aku dari mengubati ibu, aku teringat pesan si tukang ubat agar botol-botol itu ditanam dan bukannya di buang ke sungai atau tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Lantas, sebelum aku kuburi botol-botol itu, sempat juga aku mendapatkan telefon bimbit dan cuba mengimbas setiap botol yang terisi makhluk-makhluk halus itu, kerana sebelum ini, Pakcik Nan pernah menunjukkan isi botol kepada bapaku semasa mengubati penyakitnya minggu sudah. Uncle aku juga sempat melihatnya. Rangka tengkorak serta makhluk hitam menyerupai beruang dan berbulu jelas terlihat di dalamnya. Mungkin jika nasib aku baik, aku akan bertemu dengan salah seekor daripada keturunannya. Namun segala usahaku tidak membuahkan hasil. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke belakang rumah dan mendapatkan cangkul untuk melakukan kerja-kerja terakhir sebelum sebarang kejadian menimpa sesiapa, lebih-lebih lagi anak buahku yang sememangnya lemah semangat kebetulan datang bercuti di rumah neneknya. Sehingga hari ini, proses menguburi botol-botol tersebut masih bermain dimindaku. Sukar untuk aku memadamlenyap dari ingatan ini. Di suatu sudut bawah sebatang pokok pisang berhampiran dengan rumah ustaz Mail telah ku langsaikan segalanya…
Posted by Ritz at 8:58 PM 0 comments
Thursday, October 15, 2009
தீபாவளி
Posted by Ritz at 7:44 PM 0 comments
Wednesday, October 14, 2009
Durian sesat!

Marvellous !!!Posted by Ritz at 8:53 PM 0 comments
Tuesday, October 13, 2009
Cafe + Packaging = Teh cina

Mengikut lagenda, teh telah ditemui secara tidak sengaja oleh Maharaja Shen Nung pada 2737 BCE, sewaktu era lima Raja (Dinasti). Daun dari sepohon pokok telah jatuh ke dalam air mendidih dalam sebuah kendi dan aroma campuran itu membuat maharaja tidak dapat menahan keinginannya untuk merasanya. Baginda yang terpegun dengan penemuannya itu dan menjadikannya sebagai minuman kebangsaan. Pokok tersebut yang dikenali sebagai Camellia, kini tumbuh melata di China. Orang Cina percaya teh memiliki khahsiat yang boleh menangkis penyakit dan menjaga kesihatan. Salah satu jenis teh Cina yang paling digemari adalah teh hijau.
Inilah hasil proposal pertama yang tak sempat diperbincangkan (packaging untuk teh cina). Sebenarnya, kalau step pertama ini dah dipersetujui barulah kesemua maklumat dan juga tittle yang terdapat pada packaging ini diubah kepada Bahasa Melayu agaknya....supaya ianya lebih menampakkan 'mesra Malaysia'. Jangan tersilap pulak gambar ni bukan shoot ok! sekadar artist impression je sebab mock up tak sempat nak buat pada masa tuh huhuhh!!! Posted by Ritz at 10:08 PM 0 comments
Sunday, October 11, 2009
Mencari damai di TLWC Port Dickson


Sesekali mencari kelainan dengan bercuti di resort terapung pasti menyeronokkan. Perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur membelah lebuh raya Utara Selatan hanya mengambil masa 1 jam 15 minit tidak akan terasa apabila menikmati percutian di sini. Lokasi pilihan aku kali ini adalah di The Legend Water Chalets yang terletak di Port Dickson. Ianya memberi peluang merasai hembusan bayu segar dari Selat Melaka yang membelai mesra serta kebiruan air laut yang memukau pandangan mata. Jiwa dan raga pasti tertawan dengan keunikan chalets yang mendapat sentuhan gaya tipikal bali ini. Suite room yang terapung membuatkan aku seolah-olah berada di atas sebuah kapal pelayaran mewah yang sedang merentasi samudera luas. Percutian yang menjanjikan kepuasan dan sungguh mendamaikan ini pastinya menjadi saat-saat yang tidak mungkin dapat aku lupakan.






Posted by Ritz at 6:09 PM 0 comments
Thursday, October 8, 2009
Harapanku… Pintaku …PerkenanMu…

"Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan..."
Posted by Ritz at 6:27 PM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
Rindu libur lagi...
Tak sabar rasanya nak bercuti di TLWCPD, hanya tinggal sehari aje lagi...yahooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!
Posted by Ritz at 6:35 PM 0 comments
Monday, October 5, 2009
Gigiku sakit, nyut...nyut berdenyut!
Dah lama aku tidak merasai sakit gigi semenjak hampir sepuluh tahun yang lalu. Itu pun setelah membuat rawatan tampalan gigi berlubang semasa aku masih menuntut di IPTA. Masa tu, aku memilih klinik swasta di sekitar tempat tinggalku, memandangkan proses rawatan yang dilakukan memang cepat dan cuma mahal lah sedikit dari yang biasa. Tapi aku tak peduli, janji aku tidak perlu menahan kesakitan yang panjang. Dengan menggunakan saki baki duit pinjaman belajar yang ada, aku yakin ianya mampu membiayai kos rawatan yang diperlukan. Namun yang kujangkakan cuma sekitar RM100-150 dan tidak lebih dari itu. Tetapi aku telah kehabisan sehingga hampir RM400. perghhhhhh cekik darah betul doktor nih! Sabar je lah… rupa-rupanya disebabkan nak cari duit lebih, hampir habis kesemua gigi aku diperiksa dan ditampal walaupun hanya berlubang sebesar lubang jarum. Cis! Dasyhat sungguh… Setelah sekian lama ianya berlalu, kali ini kawasan rahang bawah aku mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat lagi, nak kata cuaca panas tak juga, aku terfikir mungkin nak tumbuh gigi bongsu kot? Hahahaahhah. Sehingga sekarang aku masih tak pasti berapa jumlah kesemua gigi yang aku ada. Hebat kan? Yang penting aku dapat menikmati makanan dan minuman tanpa ada sebarang permasalahan. Pada jumaat lepas, sambil aku mengurut rahang dan memerhati gigi-gigi aku yang cantik tersusun ni, tiba-tiba aku terperasan yang geraham bawah aku yang ditampal sekian lama dulu terkopak separuh. Perghhhhhhh! patut lah sengal dan ngilu terasa bila mana selepas saja aku makan. Aduhhhh… gasaklah, inilah saat-saat yang paling mencemaskan dan yang paling aku tidak gemar sekiranya gigiku ini buat pasal. Bukan apa, ramai yang kata sakit gigi lebih seksa dari melahirkan, Apa benar? Mungkin ada benarnya sebab memang aku pernah rasa seksanya sakit gigi semasa aku kecil-kecil dulu, dah lah tak boleh menahan sakitnya, nak kene tunggu pulak klinik gigi kerajaan dekat bangsar yang hanya buka dan beroperasi setiap sabtu aje. Tuhan aje yang tahu betapa sakit dan derita kutanggung menantikan hari untuk mencabutnya. Kini, sekali lagi ianya melanda diriku, aku harus membuat keputusan yang tepat dan paling cepat untuk mengawal gigi aku yang rosak ni dari terus sakit nanti, lantas aku bertekad untuk berjumpa doktor gigi pada hari ini, walaupun pada hakikatnya aku tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tak sanggup untuk membuang geraham bawah yang sangat berjasa pada diriku. Kalau boleh aku ingin membuat tampalan sementara agar ianya mampu diselamatkan dan aku masih lagi boleh menikmati makanan seperti biasa. Selain itu aku juga paling penakut untuk membuat rawatan gigi sama ada untuk mencabut atau sebaliknya. Yang paling tak tahan bila mana doktor menggodek-godek gigi semasa proses itu. Sebelum kesakitan yang amat dasyhat berlaku lebih baik aku membuat sesuatu.... bisik hatiku. Ayuh! pagi ini, aku telah berangkat ke klinik rawatan gigi kerajaan untuk membuat tampalan sementara gigiku ini. Segala proses berjalan lancar. Walaupun berdebar-debar, namun semuanya selamat. Walaupun terpaksa menunggu lama sedikit, tetapi aku cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Dengan hanya RM3, aku mampu tersenyum seperti sedia kala. Thank you doktor...Posted by Ritz at 9:02 PM 0 comments
Friday, October 2, 2009
Peringatan untuk bertaubat...
Sikit lagi aku nak kene hentam... Cilakak punya kelisa, agak-agak lah sikit bawak kereta tuh! Aku memang cukup pantang bila orang bawak kereta macam takda otak. Aku cuma tak nampak muka orang yang bawak pagi tadi. Aku boleh agak mesti pemandu tu seorang wanita. Biasak arr, bila nak kene langgar sket, aku perasan mesti pemandu wanita, kalau kereta yang bawak ikut sesuka hati je, mesti wanita, kalau lembab sangat pun sapa lagi kalau bukan wanita. perghhhh! Nasib baik horn motorsikal aku tercabut punat. Kalau tidak siang-siang lagi aku dah bagi pekak telinga kau sekuat hati!. Mata ada tak nak guna, buta apa? tak nampak orang kat sebelah kiri jalan ke? Side mirror kau tuh buat hiasan kereta apa?. Suka hati mak bapak kau je belok sana sini. Mualalah panas aku dibuatnya. Sudah lah kelmarin bangunan pejabat aku bergoyang, nasib baik tak runtuh. Kaget aku dibuatnya gara-gara gempa bumi kuat melanda Padang Indonesia. Semalam pulak server internet buat hal, lembab macam siput babi jalan terbalik! Sakit hati ini Tuhan je yang tahu. Kerja pulak berlambak-lambak nak kene ammendt iklan dari client yang memang aku paling benci sekali. Berlagak! Siot je!, macam tak paham pulak aku tengah bengang! Rasa hati, hari ni tak mahu datang kerja, Selepas solat subuh aje aku pun terus sambung tidur. Jam menunjukkan 8.15 pagi, aku masih lagi melepek di atas katil hhuhuhuuhh, ibu pulak bising-bising kejutkan aku. Katanya dah lewat nih..... tak pergi kerja ke?... Memang niat hati tak mahu ke pejabat hari ni, alih-alih bangun jugak lah, bertembung pulak dengan kelisa tadi, Macam nak hempuk aje kepala pemandu tu... pagi-pagi dah buat hal. Nasib baik Tuhan masih sayangkan aku lagi (kan aku ni jahat huhuhu, buatnya mati katak, tak sempat nak bertaubat). So mungkin Dia bagi peringatan kat aku lekas lah sket sedar diri. Kalau tak disebabkan runtuhan bangunan, mana tau aku mati kene langgar pulak pagi tadi. Uishhhhhh dah 3 hari berturut-turut nasib tidak meneyebelahi aku nampaknya, Namun aku tetap bersyukur masih bernafas di bumi ini. Thanks Allah! Selamatkanlah hambamu ini dari perkara-perkara yang tidak diingini...Aminnn.Posted by Ritz at 12:26 AM 0 comments



