
Dulu masa aku kije dekat satu tempat nih, bos aku tu suka sangat minum teh cina. Dia bagitahu aku teh yang dia minum tu bukannya murah. Tapi dia sanggup beli sebab suka punya pasal. Kalau pagi-pagi aku jenguk dalam bilik dia aje, pasti ternampak teapot set atas meja dia. Tapi semenjak dua menjak ni aku lihat ramai jugak orang Melayu ketagih dengan teh ni...tak kira lah teh cina ke, teh hijau ke atau apa saja jenis teh ler. Kata mereka sedap dan baik untuk kesihatan. Tapi aku tak kisah sangat semua tu, sebab aku bukanlah penggemar teh macam diaorang tu. Cuma yang aku tau teh merupakan minuman tertua di Cina dan menjadi intipati kehidupan sosial orang Cina sejak lebih berkurun lamanya. Terkenal empat ribu tahun yang lalu, maka tak heranlah bila minuman ini sangat popular di Cina.
Mengikut lagenda, teh telah ditemui secara tidak sengaja oleh Maharaja Shen Nung pada 2737 BCE, sewaktu era lima Raja (Dinasti). Daun dari sepohon pokok telah jatuh ke dalam air mendidih dalam sebuah kendi dan aroma campuran itu membuat maharaja tidak dapat menahan keinginannya untuk merasanya. Baginda yang terpegun dengan penemuannya itu dan menjadikannya sebagai minuman kebangsaan. Pokok tersebut yang dikenali sebagai Camellia, kini tumbuh melata di China. Orang Cina percaya teh memiliki khahsiat yang boleh menangkis penyakit dan menjaga kesihatan. Salah satu jenis teh Cina yang paling digemari adalah teh hijau.Sebenarnya kalau nak tau, banyak lagi jenis teh yang ada contohnya seperti jenis Oolong, Black, White, Jasmine, Blooming, Herbal dan banyak lagi...Masa bersama syarikat ni dulu, aku sempat jugaklah men'design' beberapa proposal pembungkusan teh cina untuk bisnes terbaru bos aku tu. Katanya nak bukak cafe ala lebih kurang kopitiam ler, tapi yang sepecialnya, tempat ni boleh dikunjungi oleh pelbagai kaum termasuk Cina, Melayu dan juga India...yang pentingnya halal! Ala-ala konsep satu Malaysia. Sebab selalunya kalau cafe macam ni, bangsa lain susah sikit nak masuk, nampak mahal dan terlalu tertumpu kepada sesuatu kaum lebih-lebih lagi menu utamanya adalah teh cina!. Wah bagus sungguh idea dan konsep yang hendak diketengahkannya. Selain itu aku juga kene bertanggungjawab terhadap segala rekaan ruang dalaman dan imej cafe termasuk logo, menu card dan sebagainya agar ianya sesuai dengan target audience sekaligus mencapai sasaran serta objektif penubuhannya. Perghhhh berat jugak tuh.....macam tak mampu nak pikul sowang huuuhhu. Tapi sayangnya aku tak lama dengan syarikat dia setelah mendapat tawaran bekerja di tempat lain...Dan aku tak pasti sama ada apa yang dicitakan itu dapat diteruskan ataupun tidak...
Inilah hasil proposal pertama yang tak sempat diperbincangkan (packaging untuk teh cina). Sebenarnya, kalau step pertama ini dah dipersetujui barulah kesemua maklumat dan juga tittle yang terdapat pada packaging ini diubah kepada Bahasa Melayu agaknya....supaya ianya lebih menampakkan 'mesra Malaysia'. Jangan tersilap pulak gambar ni bukan shoot ok! sekadar artist impression je sebab mock up tak sempat nak buat pada masa tuh huhuhh!!!


Sesekali mencari kelainan dengan bercuti di resort terapung pasti menyeronokkan. Perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur membelah lebuh raya Utara Selatan hanya mengambil masa 1 jam 15 minit tidak akan terasa apabila menikmati percutian di sini. Lokasi pilihan aku kali ini adalah di The Legend Water Chalets yang terletak di Port Dickson. Ianya memberi peluang merasai hembusan bayu segar dari Selat Melaka yang membelai mesra serta kebiruan air laut yang memukau pandangan mata. Jiwa dan raga pasti tertawan dengan keunikan chalets yang mendapat sentuhan gaya tipikal bali ini. Suite room yang terapung membuatkan aku seolah-olah berada di atas sebuah kapal pelayaran mewah yang sedang merentasi samudera luas. Percutian yang menjanjikan kepuasan dan sungguh mendamaikan ini pastinya menjadi saat-saat yang tidak mungkin dapat aku lupakan.











Dah seminggu pun umat Islam merayakan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri, dan begitu juga aku bercuti menyambutnya. Ingatkan nak cuti 3 hari aje, alih-alih terpaksa drag sampai seminggu gara-gara kene warning dengan teman sepejabatku yang beria-ia bercuti meraikan hari raya. Katanya,… nak beraya sakan bersama teman-teman yang dah lama tak ketemu. Aku pun sebenarnya seronok juga kalau bercuti lama-lama ni, maklumlah dah lama tak merasa cuti panjang sebegini. Tahun ini, aku bersama team baru yang tak berapa nak besar sangat ni setelah beralih angin dari company lama, dapat pulak majikan sporting, hmmm….alangkah bahagianya kurasakan dapat meraikan 100% suasana hari raya bersama keluarga tanpa sebarang gangguan kerja dan sebagainya. Puas memang teramat puas!!!.



