Thursday, August 28, 2008

Birthday boy...

Hari ni Jumaat, bersamaan 29.08.2008 merupakan hari jadi aku yang ke 29. perghhhh...dah tua aku nie lagi setahun je genaplah 30 tahun, hmm dah boley kawin!...apa? tapi tak pe, tuhan lebih tahu, semua tu kerja tuhan,aku kat sini berusaha dan terus mengharapkan sesuatu di masa depan nanti.Ahh...lupakan, banyak kerja lain lagi yang belum diselesaikan.Malam tadi aku dah terima mesej dari seseorang, alangkah gembira hati ini tak terkata, org yang aku sayangi ingat jugak tarikh keramat ni, itu yang membuatkan aku cukup ceria dan bahagia sekali saat ini.aku harap dia tak lupa di masa-masa akan datang...AKU TAK AKAN BERHENTI MENYAYANGIMU, terima kasih di atas segalanya.Semenjak kehadirannya, aku tak lagi rasa kesunyian...sekurang-kurangnya ada juga peneman di kala keseorangan.aku tak sangka ada juga insan yang berhati mulia sanggup mendampingi aku dan menerima aku seadanya...tapi semua ini kata dia...kalau aku tak percaya, macam percaya, tapi cuma kadang-kadang terasa ragu-ragu, biasalah hati manusia sekelip mata boleh berubah, tapi aku harap bukan pada hubungan ini, semoga Allah panjangkan tali persahabatan yang tulus ikhlas ini hinggga ke akhir hayatku.Amin...I LoVe YoU


0 comments: