Tuesday, August 4, 2009

Behind the Scenes

Sepanjang meninggalkan zaman study dulu, tidak pernah terlintas di fikiran untuk melanjutkan pengajianku ke peringkat master.Lapan tahun berlalu tanpa kusedar bertungkus lumus mengabdi diri mencari rezeki, menimba pengalaman,sudah sampai masanya untuk aku berubah angin. Lantas,borang TPM aku penuhi dengan maklumat lengkap dan terus kukirim by hand ke pusat pengajian tinggi awam paling dikenali di Bandar Anggerik itu, tidak lama kemudian, mulalah aku berangan jauh terbang ke UK sambil menanti panggilan surat temuduga. Kalau cukup syaratnya, murah rezeki pulak tu dapat lah aku menjejakkan kaki ke benua Eropah, menyambung pengajian Design Management untuk bergelar seorang pensyarah. Walaupun aku terpaksa menghabiskan pengajian terlebih dahulu selama lebih kurang setahun ke dua tahun, namun ianya tidak langsung melemahkan semangat aku untuk berbuat demikian. Insyaallah dengan keyakinan yang ada aku terus menadah tangan memohon pengharapan dari yang Maha Esa.Selang beberapa bulan selepas itu, rezeki aku mula menampakkan tanda-tanda positif. Aku memang tidak menyangka langsung akan dipanggil temuduga. Langkah terakhir aku rapati dengan hati gembira bukan kepalang, namun tidak semena-mena aku tewas hadir pada hari yang dijanjikan...Ya Allah! Mungkin tersembunyi hikmah di sebalik apa yang telah berlaku.Tanpa mengetahui apakah puncanya, aku terpinga-pinga, sendiri tidak mengerti. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Pengalaman lalu bersama rakan-rakan seangkatan menerjah fikiran, Saat-saat pahit dan manis semasa bergelar mahasiswa suatu ketika dahulu bermain di mata. Rentetan kenangan ini akan terus menjadi lipatan sejarah dalam hidupku. Walau apapun yang terjadi, untukmu Man tahniah di atas kejayaanmu terdahulu. Teruskan usaha!


Gemilang

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini
Bersama-sama, tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama,tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar

* Terima kasih untuk romi kerana sama-sama menyumbang tenaga mendapatkan lirik yang amat bermakna buat diriku ini...hheheheheheh!

1 comments:

Romibaiduri Zahar said...

Hikmah itu sentiasa ada di sebalik setiap kejadian,
Hanya perlu buka mata dan minda,
Insya-Allah, hidup akan lebih bermakna...
Hadapilah semua dengan senyuman.