Monday, November 23, 2009

Barisan para pencuit hati...

Memang tidak dapat nak dinafikan, untuk mengaturkan pertemuan bagi sesi photoshoot ini amat sukar sekali, Masing-masing punya ego sendiri. Tak padan dengan kecik (2budak perempuan), jeritan mereka boleh membingitkan telinga. Yang hero seorang lagi, mengalahkan orang besar bila bercakap. Kalau mereka bertiga sudah bertengkar...alamatnya hiruk pikuklah satu kapal!.Namun, akhirnya berjaya jugak aku laksanakan tugas sebagai photographer sambilan malam tadi...tahniah untuk barisan kanak-kanak riang kerana telah diumpan dengan jayanya oleh Pak Ngah Publication (MRA) untuk disatukan di alam maya ini. Kepulangan anda bertiga ke kampung pada musim cuti sekolah begini memang sangat dialu-alukan. Kehadiran yang cukup menggamatkan suasana, boleh pengsan nenek Milah dibuatnya...Para ibu-ibu, dan juga bapa-bapa diharap dapat mengawasi gerak geri anak anda, terima kasih!

3 comments:

romibaiduri zahar said...

comelnye...
geram nak cubit sorang2...
Anis tu nampak kiut sangat..hehehe

Ritz said...
This comment has been removed by the author.
Ritz said...

boleh aje ko nak cubit, tapi hati-2dengan anis tuh!, T dia cakar ko hehehehhe, suka mencakar tu, skrg nie pandai menggigit plak huuhhhhu