Sunday, August 9, 2009

Kamek Datang!

Hmmm, pejam celik, pejam celik begitu cepat sekali masa meninggalkan kita, hampir menjelang bulan Ramadhan rupanya, kira-kira lebih kurang tak sampai setengah bulan sahaja lagi. Wah! lama betul aku tak menjengah ke laman blog aku ni, makan setahun jugak lamanya sampai nak update pun tak berpeluang langsung…insyaallah akan ku cuba sibuk-sibukkan diri mengisi masa sedikit yang ada mencoret apa yang termampu selepas ini. Maklumlah, sibuk sangat dengan tugasan seharian lebih-lebih lagi di tempat kerja yang baru, walaupun bidang kerjanya tetap tak berubah. Hhmmm,,,,tak macam dulu banyak masa dihabiskan membaca dan melayari internet semasa waktu bekerja. Nak buat macam mana, rezeki aku di tempat dulu tak mampu bertahan lama disebabkan krisis dalaman yang “terlampau”, sakit kepala otak kalau difikir-fikirkan lagi. Alhamdulillah, berkat kesabaranku, dapat jua aku meneruskan langkah mengejar cita-cita di dalam bidang yang amat dicintai, Segala onak dan duri kutempuh lepas bebas bagai terlepas dari penjara hidup selama 2 bulan lamanya. Bukan memilih kerja tetapi tak match langsung dengan kehendak jiwa, sabar je lah Labu! Hah, hari ini, sempat jugak mencuri masa aku yang sememangnya sibuk untuk melayari blog dan secara tak langsung dapat jugak aku memuatkan cerita-cerita terbaruku sepanjang beberapa bulan sebelum ini. Kalau nak tahu, aku ni “pengecut” orangnya, hehehehehhe, bukan apa, takut dengan “ketinggian” senang cerita gayatlah katakan, disebabkan penakut punya pasal, aku lebih selesa bergerak menggunakan kenderaan darat apabila menikmati sebarang percutian. Hehehehehehehe, nak terburai isi perut ketawa sendirian tatkala terkenang membayangkan aku melayang-layang di puncak gunung dan lembah menatap panorama indah Pulau Langkawi semasa menaiki kereta kabel tertingi di Asia Tenggara.Gila apa aku nih! Nak cuba punya pasal….layannn,Sampaikan ramai sepupu perempuan yang lebih muda daripada aku mentertawakan aku di atas sana, bayangkan mereka ke hulu hilir dengan beraninya merentasi jambatan gantung yang bergoyang-goyang di tiup angin, sambil merakam memori indah bersama-sama……perghhhhhh, yang aku ni duduk membatu di tepi tangga sambil memikirkan bila lah agaknya nak turun ke bawah….tak sabar rasanya.huh! Tapi, roller coaster dan space shoot di Genting aku pernah cuba tau! Tak pula sedasyhat ini. Kira berani jugak lah aku ni huh! Jangan pandang aku sebelah mata tau!. Alah bisa tegal biasa, kalau naik hari-hari tak mungkin aku takut…….. betul tak? Tetapi dah bukan hari-hari aku kene naik,paham-paham je lah.


Nak dijadikan cerita tanpa dirancang aku dan juga kawan-kawanku tertempah pulak tiket penerbangan ke Kuching pada 28 Mac 2009, WoW! gasaklah aku, akhirnya hari yang ditunggu pun tiba, Kami pun selamat berlepas ke Sarawak melalui penerbangan AK5206 dan menginap di TUNE Hotel Waterfront.

Punya lah gabra tak tau nak cakap semasa kaki melangkah masuk ke perut pesawat merah putih tu. Lama jugak aku terapung-apung di udara lebih kurang satu jam lebih ...nasib baik penerbangan sulung aku tu tidak mengalami sebarang masalah. Kalau tidak, tak mungkin aku memilih Air Asia sebagai transport percutianku untuk kali kedua dan seterusnya……Murah dan Cepat sampai…… cayok!!!cayok!!!! Pada malam hari aku menegambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar waterfront sambil menikmati burger yang ada dijual di situ. Ramai juga orang mundar mandir malam-malam begini, termasuk pelancong asing yang asyik terpaku menghurung seorang pemain alat muzik tradisional Sarawak di satu sudut pejalan kaki, mengalunkan melodi indah irama Bumi Kenyalang.Memang asyik dan mempesonakan! Aku juga tidak terkecuali mencari ruang dan peluang untuk duduk berdekatan sambil menghayati lagu-lagu yang dimainkan sambil berehat-rehat di situ. Aku sememangnya cukup gemar dengan irama asli sebegini…lebih-lebih lagi untuk didengar pada malam hari, dan juga yang paling penting waktu dan semasa aku menghabiskan masa bercuti di luar KL.


Orang kata kalau ke Sarawak jangan lupa mencuba makanan yang sangat popular seperti laksa sarawak dan juga mee kolok. Memang lapar dibuatnya bila kedua-dua makanan yang aku pesan berada di atas meja. Apa lagi, time untuk makan………semua aku belasah. Dan tak lupa juga, aku sempat membawa pulang kek lapis Sarawak sebelum berlepas ke lapangan terbang. Bagaimana warna warninya kek yang aku beli itu, begitu lah jua indahnya pengalaman ku berada sekejap di negeri Bumi Kenyalang.

Tuesday, August 4, 2009

Behind the Scenes

Sepanjang meninggalkan zaman study dulu, tidak pernah terlintas di fikiran untuk melanjutkan pengajianku ke peringkat master.Lapan tahun berlalu tanpa kusedar bertungkus lumus mengabdi diri mencari rezeki, menimba pengalaman,sudah sampai masanya untuk aku berubah angin. Lantas,borang TPM aku penuhi dengan maklumat lengkap dan terus kukirim by hand ke pusat pengajian tinggi awam paling dikenali di Bandar Anggerik itu, tidak lama kemudian, mulalah aku berangan jauh terbang ke UK sambil menanti panggilan surat temuduga. Kalau cukup syaratnya, murah rezeki pulak tu dapat lah aku menjejakkan kaki ke benua Eropah, menyambung pengajian Design Management untuk bergelar seorang pensyarah. Walaupun aku terpaksa menghabiskan pengajian terlebih dahulu selama lebih kurang setahun ke dua tahun, namun ianya tidak langsung melemahkan semangat aku untuk berbuat demikian. Insyaallah dengan keyakinan yang ada aku terus menadah tangan memohon pengharapan dari yang Maha Esa.Selang beberapa bulan selepas itu, rezeki aku mula menampakkan tanda-tanda positif. Aku memang tidak menyangka langsung akan dipanggil temuduga. Langkah terakhir aku rapati dengan hati gembira bukan kepalang, namun tidak semena-mena aku tewas hadir pada hari yang dijanjikan...Ya Allah! Mungkin tersembunyi hikmah di sebalik apa yang telah berlaku.Tanpa mengetahui apakah puncanya, aku terpinga-pinga, sendiri tidak mengerti. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Pengalaman lalu bersama rakan-rakan seangkatan menerjah fikiran, Saat-saat pahit dan manis semasa bergelar mahasiswa suatu ketika dahulu bermain di mata. Rentetan kenangan ini akan terus menjadi lipatan sejarah dalam hidupku. Walau apapun yang terjadi, untukmu Man tahniah di atas kejayaanmu terdahulu. Teruskan usaha!


Gemilang

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini
Bersama-sama, tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama,tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar

* Terima kasih untuk romi kerana sama-sama menyumbang tenaga mendapatkan lirik yang amat bermakna buat diriku ini...hheheheheheh!

Wednesday, January 21, 2009

BOsaN

hi....hmmm tgh bosan2 tadi ....lukis ler pix aku nih...lawa x? kalu x lawa x per...syiok sendiri jer...hmmmm ari nie sungguh bosan di opis...aku ngadapler pix aku nie dr pagi kol 10 sampai kol 1...alih2 siap plak pix aku yang tak seberapa nie...leh tahan gak huhuhuhuhuhu HENSEM... oooooo ...kah kah kah....

Thursday, September 11, 2008

YANG PERGI tak kembali

Photobucket
Dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali.
Innalillahiwainailaihirrajiun...
SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT & DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN AMINN...
Kepulangan kerahmatullah PAK NGAH ku selepas 2 bulan pemergian PAK LONG ku...

KEMBAR TAK SEIRAS

Hahahahaaah...sama tak???...SAMA ler, tapi x serupa¿¿¿

Photobucket

Wednesday, September 10, 2008

Nice day

Harini aku dapat mesej secret dari someone...i love u. TQ
Photobucket

Tuesday, September 9, 2008

Wonderful Life

Life is so Short. So Think what is Good. Speak what is Kind.and Try to Live your Best. then This World will be Bright and Beautiful to You. when Money is Lost. nothing is Lost. when Health is Lost. Something is Lost. when Character is Lost. Everything is Lost. Live like a Candle. which Burns Itself. but Gives Light to Others. Impose your Own Terms Upon Life. if You Dont You will Have to Accept the Terms of Others. Look Backwards with Gratitude. Upwards with Confidence. and Forward with Hope. when You Truly Care for Someone. U Don't look For Faults. You Dont look For Answers. U Don't look For Mistakes. Instead You Fight the Mistakes. You Accept the Faults. and You Overlook the Excuses. Have a Good Day