Thursday, August 27, 2009

Mengharap bebas yang tidak kunjung tiba!

Sebelum aku bercuti dan berehat selama tiga hari lamanya sempena menyambut kemerdekaan negara, ingin kutitipkan luahan hati yang terbuku selama ini...

Ketika mula menjejakkan kaki, Ketika itu bibit-bibit kebanggaan mula terasa, Ketika meniti sebuah kehidupan, Ketika itu terbit kealpaan… Ketika di dalam sebuah pencarian, Ketika itu dipukul badai, Ketika yang lain menerima pujian, Ketika itu rasa sendirian…Kini diteruskan sebuah pencarian, Demi mencari sebuah KEBEBASAN, Untuk menjamin sebuah kehidupan, lantaran menagih kesempurnaan, Moga-moga di suatu ketika, kini dan selamanya, menjanjikan seribu kebahagiaan.

*Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 52, kepada semua rakyat 1 Malaysia

SELAMAT HARI LAHIR

Esok 29.08.2009, Hari ulangtahun kelahiran aku, Bila Aku Berfikir… Gembiranya rasa hati, Dapat meneruskan hidup ini, Walaupun hanya sementara sahaja, Syukur Alhamdulillah... Bila Aku Berfikir… Seronok rasanya jadi diri ini, Maklumlah seorang lelaki, Semua nak buat boleh jadi, Pandai makan pandailah simpan sendiri... Bila Aku Berfikir… Kekok pulak jadinya, Kawan-kawan ramai dah berbini, Aku pulak tah bila lagi, Dah nasib badan… Bila Aku Berfikir… Kelakar pulak rasanya, Melihat gelagat diri, Layak ke aku bergelar seorang suami, Yang mereka bangga-banggakan, Tanggungjawab tah mana, Diri gerenti takkan rasa tenang hati... Bila Aku Berfikir… Bosanlah pulak, Ini tak boleh, itu tak boleh, Terkongkong rasanya, Alah…Dah biasa hidup membujang, Sabar jerlah… Bila Aku Berfikir… Sedih pulak rasa dihati, Makin hari, umur ku mendaki, Bingung pulak jadinya, Iyelah…khuatir apa yang dicitakan, Tidak menjadi, 30 tahun bukan muda lagi, Tapi yang pasti aku maintain muda , dan sentiasa positif di minda, Demi masa depan yang bahagia...


* Agar perjalanan hidup selepas ini akan sentiasa cerah dan seindah langit membiru...

Kisah musang dengan ayam

Kalau itik gebu dengan kisahnya bersama keluarga itik hitam, ayam pun memiliki kisahnya tersendiri dengan sang musang. Pada suatu hari, seperti biasa si ayam pergi mencari rezeki di tempat sang musang, sesampai sahaja di perkarangan kawasan yang dituju, sang musang masih belum sampai lagi. Selalunya musang akan datang sedikit lewat dari ayam. Mereka berkawan baik dan mencari makan bersama, Musang yang seekor ni memang merupakan ketua musang kepada musang-musang yang lain.Dia lah yang paling rapat dengan si ayam. Sewaktu mencari makan bersama-sama, si ketua musang tidak berpuas hati dengan si ayam, apa lagi si ayam ni memang panas baran, pantang ditegur sikit (lebih-lebih lagi jika teguran yang tidak kene pada tempatnya) mulalah naik hangin satu badan. Sakit hati dan jiwa si ayam, dimaki disumpahnya sang musang di dalama hatinya. Dalam keadaan geram, tiba-tiba sang musang pun terus angkat kaki pulang ke sarang di atas sana.Selang beberapa minit selepas itu, si ayam terus memburu rezekinya sendirian lalu terserempak dengan si itik gebu yang lalu lalang di situ. Itik gebu pun bersuara menanyakan pelbagai soalan kepada si ayam. Dalam keadaan bengang, si ayam pun tidak mampu memberi fokus terhadap lontaran soalan si itik gebu.Si ayam hanya menjawab dengan sambil lewa sahaja tanpa mempedulikan sangat si itik gebu…Hari itu, si ayam tersangatlah marah dengan sang musang, betul-betul marah kerana tidak tahan dengan perangai sang musang. Disebabkan kawan-kawannya yang lain, sang musang sanggup bertikam lidah dengan si ayam. Rupa-rupanyanya si itik gebu memang perasan si ayam bertekak dan meninggi suara pada sang musang. Si itik gebu hanya memandang sinis dari kejauhan semasa peristiwa itu berlaku…

Tuesday, August 25, 2009

Canteen sudah roboh...

Suatu petang di bulan Ramadhan aku bersiap untuk ke KL. Menaiki bas menuju perut bandar metropolitan ke destinasi yang dijanjikan. ‘Canteen’, itulah nama restoran yang dituju untuk majlis mini berbuka puasa bersama rakan-rakan sepermainan ketika zaman belajar dahulu. Saban tahun, apabila munculnya bulan ramadhan pastinya kami akan ke sini. Namun kini tidak lagi. Kemeriahan, keriuhan, kegembiraan serta kemesraan itu hilang sekelip mata. ‘Canteen’ itu sudah roboh ditelan memori silam. Sama ada ia masih lagi wujud di alam realiti aku tak peduli. Atau memang ‘Canteen’ tidak wujud lagi berkubur bersama kenangan ini, Hanya yang aku tahu ‘Canteen’ tidak sesekali akan terbina lagi. Aku pasrah…

Thursday, August 20, 2009

Hoi! Si bedebah gigi palsu!


Hoi, ko masih hidup lagi ke? tanya hati kecilku, kenapa orang-orang macam ko masih boleh bernafas lagi di atas bumi ini?! bagaikan rasa tak percaya dibuatnya...Aku tak kira kau tua, ataupun muda dari aku sekalipun, kalau tak guna otak untuk hidup, nyah kau dari sini!. Aku tak pernah mempunyai kawan spesies engkau, dah lah hitam berkarat, busuk pulak tu! Berani kau ye! Apa? ko jangan fikir dunia ni engkau yang punya. Hah! berambos! hmmmm tak apa..., hari ini hari kau, esok lusa siapakan tahu hari yang paling mudarat khas untuk kau, rasakan!. Kau, kau dan engkau sama saja, dubuk dua serupa, tak sedar diri hidup merempat dan suka menyusahkan hidup manusia lain. Bila buku bertemu ruas akan kau saksikan dunia ini milik siapa... jangan ko mendongak langit mendabik dada,tidak kah kau tahu? suatu hari nanti bala akan menimpa, bila-bila masa sahaja, tak usah kau ragui, janji Allah pasti.Kau, kau dan engkau pasti hidup sengsara. pergi mampos!

"Memberi gelaran kepada orang-orang yang melakukan kejahatan bukanlah perkara asing di dalam Islam. Allah sendiri menggelarkan orang-orang yang ingkar menyembahNya sebagai KAFIR, orang-orang yang melihat kebenaran tetapi menolak kebenaran sebagai ZALIM, orang-orang yang menjadi musuh dalam selimut sebagai MUNAFIQ dan sebagainya lagi. Bahkan Allah SWT memberikan gelaran SYAITAN kepada ketua-ketua/pemimpin-pemimpin kafir sebagaimana dalam ayat 14 Surah Al-Baqarah. Demikian juga Allah memanggil dengan gelaran BINATANG ( orang Terengganu kata : MENATANG ) kepada orang-orang yang ada mata, telinga dan akal fikiran tetapi tidak menggunakannya untuk mencari kebenaran ( lihat ayat 179 Surah Al-A'raf ).Hasad dengki serta sakit hati melihat orang lain dilimpahkan nikmat adalah dari perbuatan dan sifat IBLIS Laknatullah. Apakah tidak boleh kita menggelar pemilik sifat tersebut dengan gelaran IBLIS ?Apa motif serta tujuan di sebalik memberi gelaran-gelaran seumpama ini ? Antaranya ialah supaya manusia muslim/mukmin sentiasa beringat atau mengingatkan diri mereka daripada melakukan kejahatan.. Dalam erti kata lain, kalau tak nak orang panggil kita zalim, fasiq, munafik, iblis, setan, menatang dan lain-lain lagi, jangan dibuat kerja-kerja yang orang ramai tak suka..tak pasal-pasal orang di sekeliling kita dok asyik menyumpah kita siang dan malam. Cukup 40 orang menyumpah macam tu, tak ke haru diri tu?"

Monday, August 17, 2009

Ramadhan Bersua Kembali!

Syaaban semakin melabuhkan tirainya, perginya membawa bersama sinar Ramadhan yang amat ditunggu-tunggu. Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam seluruh marcapada ini akan menjalani ibadah puasa yang jatuh pada hari sabtu bersamaan 22 hb Ogos 2009
(1 Ramadhan 1430H). Di kesempatan inilah ramainya umat manusia berlumba-lumba mendapatkan keredhaan-Nya, di harap aku jua tidak terkecuali hendaknya...Semoga Ramadhan ini terus membawa sinar kebahagian untuk diriku dan keluarga tercinta.

Friday, August 14, 2009

Hari yang Membosankan!


Sepatutnya aku terbang ke negeri di bawah bayu hari ini. Segala perancangan hancur berkecai, alih-alih kene pulak kerja hingga lewat malam :(...tension!