Monday, September 7, 2009

Penumpang biadap!

Giler??? kalaulah cadangan yang satu ni menjadi kenyataan akulah orang yang pertama akan membantah sekeras-kerasnya! Memang aku tak setuju langsung. Korang ingat apa? Senang-senang je nak dapat. Melampaulah tu, habis apa nak jadi dengan nasib kami? Mencari rezeki dan pemastautin tetap di bumi sendiri!. Sapa yang mahu bela kami? Kalau orang yang bertanggungjawab terhadap polemik ini mempunyai alasan mereka tersendiri, itu aku tak nak amik pusing!. Yang penting aku juga mempunyai sebab musabab aku sendiri untuk tidak menyokong tindakan tersebut. Sudah lah macam-macam isu korang bangkitkan, sedarlah diri sikit yang korang tu hanya penumpang yang x ada kategori kelas langsung, ada hati nak rampas kerusi-kerusi penumpang ekonomi seperti kami ni. Jangan lah pulak nak jadikan coach kami ini korang yang punya!. Yang kami ni, berhempas pulas nak dapat kan tempat pun susah, walau untuk kelas ekonomi dalam penerbangan pesawat milik negara sendiri. Senang-senang pulak korang nak duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kami. Kalau betul-betul korang boleh dapat kerusi kelas ekonomi tu dengan mudah, tak payah lah mak bapak kami berhabis duit susah payah sekolahkan kami tinggi-tinggi. Biarkan saja kami beramai-ramai jadi macam korang (biadap), sebab tak tahu malu senang hati nak rampas kedudukan kami yang tak seberapa ni……ialah dah boleh dikira satu level dengan korang, tak pernah nak memikirkan masalah orang lain. Ingat sikit kami nak dapat tempat kerusi empuk dalam kelas bisnes pun susah tau! Jangan mimpi selagi tiket kami ni dicop dengan cetakan asal (sama je macam dulu) tanpa ada sebarang perubahan dan “rebranding”. Ada hati nak gugat dan mendominasi coach ekonomi kami pulak!!!. Kasihanilah kami sebagai penumpang tetap yang setia. Tak kan nak berkongsi tempat duduk yang sama pulak dengan penumpang-penumpang yang tak tau nak letak kategori kelas mana ni. Tak masuk dek akal. Yang Pilot pun satu, nama je ada pembantu termasuk anak-anak kapal yang comel loteh, tapi tak pernah nak ambil tahu apa yang dimahukan oleh penumpang-penumpang setianya. Jengok-jengoklah kami kat belakang sikit…tak salah pun! dan tolong-tolonglah fikirkan jalan penyelesaian demi kebaikan kedua-dua belah pihak.

0 comments: