
Seperti raya tahun-tahun sudah, tahun ini juga tidak banyak bezanya, ibu pula tidak berapa nak sihat merayakan hari lebaran kali ini. Namun, keceriaan tetap terasa apabila along dan aida bergotong royong menyediakan juadah dia pagi raya. Dengan berpandukan resipi ibu, mereka bertungkus lumus menyiapkan segala hidangan untuk sekeluarga, alhamdulillah…walaupun tidak sehebat air tangan ibu, namun ianya berbaloi untuk dinikmati pada hari yang mulia. Raya kali ini memang tiada apa yang baru menghiasi teratak ibu, segala-galanya masih mengekalkan barang dan perabot yang sama termasuk langsir dulu yang masih elok dipakai. Walaupun keadaan kerusi sofa kurang memberangsangkan, aku mendapat idea untuk memperelokkannya untuk diguna sementara waktu di kala raya ini. Dekorasi hiasan dalaman sememangnya sudah menjadi tanggungjawab aku. Agar semuanya sedap dipandang mata, sentuhan ajaib tanganku saja yang dapat merealisasikannya. Aku amat bersyukur dapat melewati kesempatan beraya kali ini bersama keluarga, anak buah dan saudara mara tercinta. Arghhhhhhh rasa malas masih bersarang dalam diri, namun aku gagahi jua kaki melangkah untuk memulakan hari pertama bekerja selepas bercuti panjang. Yang pasti, kerja berlambak sedang menunggu!!!




0 comments:
Post a Comment