Sunday, September 6, 2009

Pulangnya Wira ke pangkuan keluarga

“Acu…acu…..acu? Acu mana? Hi baru kejap ni aku nampak dia, dah keluar rupanya, bertuah punya budak!” bebel ibuku. Begitulah ungkapan yang sering kali dihamburkan ibu terhadap adik bongsuku yang sorang tu. Hah! pantang acu tiada di depan mata, mulalah tak senang duduk jadinya, lebih-lebih lagi bila acu menghilangkan diri secara senyap bertemu rakan-rakannya tanpa pengetahuan ibu. Kalau berenggang beberapa hari pun dah mula rindu-rinduan. Budak-budak remaja macam acu ni memang semuanya sama je, gemar menghabiskan masa bersama rakan hingga lupa keluarga di rumah. Apalah yang diorang tahu?. Lebih-lebih lagi baru sahaja selesai berperang dengan peperiksaan terbesar dalam hidup mereka. Bagaikan burung lepas dari sangkar, bebas sebebasnya. Macam aku jugak dulu-dulu. Wah! rasanya memang dah cukup dewasa untuk menentukan haluan sendiri. Tapi, hidup ini tidak seindah yang disangkakan. Baru sekarang aku mengerti betapa sukarnya menghadapi onak dan liku erti sebuah kehidupan. Untuk mereka yang masih muda, beringatlah!. Acu semakin ligat keluar rumah ke sana ke mari. Bagi aku, tak kisah sangat lah kan, asalkan kau pandai jaga diri, tidak melakukan pekerjaan yang bukan-bukan serta tidak menjatuhkan maruah keluarga. Itu sudah cukup baik!.

Namun, sebagai seorang ibu, aku sangat memahami hati dan perasaannya terhadap anak-anak, tidak kira mereka sorang lelaki lebih-lebih lagi perempuan. Dalam kes ni, lagilah acu tu anak bongsu dalam keluarga kami, tak heran lah aku!. Ibu memang selalu sangat mengharapkan acu bila mana diperlukan, ke kedai membeli telur, roti, tepung, gula dan bermacam-macam lagi. Maklumlah anak bongsu bujang yang tengah meningkat dewasa….. Sementara kami adik beradik yang lain ke tempat kerja mencari rezeki, acu lah menjadi tempat ibu bermanja dan mengharapkan pertolongan. “Nak mengaharapkan bapak kau, tak payah lah”, itu lah kata-kata yang selalu bermain dibibir ibu tatkala memerlukan suami disisinya. Memang susah sangat untuk abah melekat di rumah menjaga ibu. Kesihatan ibu yang sering terganggu kebelakangan ini kadang-kadang mengundang kerisauan yang teramat bagi diriku dan juga diri ibu sendiri untuk mengharapkan abah dan suami sentiasa berada di sampingnya.

Kesibukan abah dengan urusan duniawinya mengalahkan PM, pagi petang siang malam, tak boleh duduk di rumah walaupun sudah pencen lebih kurang hampir sepuluh tahun yang lalu. Katanya, dah bosan kerja nak pencen awal!. Kalau dulu bekerja siang dan malam mengisi masa terluangnya sambil mencari rezeki, kira boleh tahanlah lagi walaupun isi dapur setiap bulan tak pernah cukup. Tapi kini, dah pencen pun masih tak berubah sikap, malah makin menjadi-jadi gamaknya! Entahlah nasib kami. Hanya Tuhan Maha Menegetahui. Paling yang aku tak tahan bila terlihat sekilas wajah ibu sayu, sungguh tergambar kekecewaan yang mendalam apabila mengenangkan nasib diri.

Kini, sudah dua hari acu balik dan berada di rumah... Yeeeeeeaaaaaahhhhhhhhhhhhh!, hati ibu berbunga riang, aku pasti ibulah orang yang paling gembira sekali dalam dunia ni. Tetapi sebelum itu, pada jumaat petang, acu ada berpesan dengan kakaknya melalui khidmat pesanan ringkas beberapa minit sebelum berbuka puasa. Katanya, sabtu esok boleh lah datang ke kem latihan untuk menjemputnya pulang. Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik hampir tak terasa pemergian acu selama lebih kurang 3 bulan lamanya bermula pada 16 Jun 2009 sehingga lah saat ini. Walaupun Program Latihan Khidmat Negara yang acu jalani hanya di Kem Temasya Rimba Templer dan tidak berapa jauh dari kawasan penempatan kami, diharapkan ianya dapat memberikan seribu pengalaman yang cukup bermakna di samping dapat membina kekuatan, semangat dan keyakinan acu apabila keluar berdepan dunia sebenar nanti. Harapan aku agar acu dapat mengubah diri menjadi insan yang berkualiti, lebih menghargai diri, agama, bangsa serta berguna kepada negara kelak. Selamat kembali acu! Kami semua sangat merinduimu. Tahniah!

0 comments: