Begitulah ungkapan yang paling serasi sekali bilamana aku dapat tau semua berita itu semalam. Terharu dan terkedu juga dibuatnya. Tapi alhamdulillah, segalanya selesai...Tuhan itu Maha Adil, cuma dia tak mahu aku sekeluarga susah, aku sangat-sangat berterima kasih padamu Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku dan keluargaku dalam menghadapi hari-hari mendatang, amin.Buat cicak kubing hitam, hiduplah kau dalam dunia yang seangkatan denganmu, jangan cuba kau ganggu gugat kehidupan manusia lain di dunia ini. Ingatlah, walaupun kau boleh berubah-ubah warna, tetapi jangan kau lupa yang hidup ini cuma lah sementara, dan sebenarnya kau adalah cicak kubing yang mati dalam hidup ini, sehingga kau benar-benar mati, baru lah kau akan sedar akan hakikat "kehidupan" ini. Pergilah kau dan jua spesis kau dari halaman ini........Selamat Tinggal!



Telah lama aku mencari, baru sekarang aku berjumpa…Sudah puas aku menghukum diri ini tanpa rasa bersalah, tanpa meletakkan sekelumit rasa hina, miskin, lemah dan jahil pada diri sendiri. Hakikatnya tidak ada apa yang perlu diragui lagi dalam menelusuri hidup ini, segala yang tersurat memiliki hikmah yang yang tersirat yang juga adalah kurnia termahal bagi mereka yang benar-benar beriman. Kebahagiaan yang kucari selama ini rupanya terlalu dekat untuk digapai. Semua orang memang layak untuk bahagia rupanya… asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Inilah bukti keadilan Allah S.W.T. terhadap hambanya di dunia ini.
Dah lama tak jengah blog... bukan malas tapi banyak sangat masalah, bila time nak start entry baru je, macam-macam yang datang mengganggu seolah-olah cemburu betul dengan aku...padahal kisah yang aku nak kongsikan bukan cerita panas macam movie LD ke..., Michael Jackson´s This Is It ke..., atau apa-apa saja yang membuatkan orang teruja sangat nak pergi tengok wayang. Walaupun kisah ni dah macam nak basi tapi aku cuba juga usaha untuk dientrikan hahahahahha. Kalau nak tau, masa yang ciput aku ada untuk aku update blog aku ni pun ada juga insan yang cemburu secara tak sengaja... mana taknya, masa-masa sesak dan sibuk nak menaip ni ler orang tu sibuk nak berkongsi kisah "30 tips to be a perfect person" & "15 tips to be an Empowered Muslim". Kisahnya memang sangat menarik, tetapi aku betul-betul mintak maaf sebab terpaksa memberi perhatian pada apa yang aku sedang lakukan ni.... tapi jangan lah merajuk dan jugak risau ok, kau sendiri juga yang sediakan "handout" untuk aku menelaahnya kemudian. Thanx Fren. Berbalik cerita tadi, aku memang dah lama sangat nak makan ayam panggang/bakar sebenarnya, macam yang ada kat Pizza Hut tuh, apa nama dia? "Spicy Chicken Wings", disebabkan dah lama tak masuk restoran PH ni...tak tau lah ada lagi ke menu yang aku teringin sangat tuh...dan tak sure lah pulak sama ada ianya dalam set combo meals atau sensasi delight. cewah macam poyo plak aku nih! Memang dah lama sangat tak ke sana. Tapi takkan semata-mata teringin punya pasal, aku nak ke tempat yang boleh buat aku pokai...tul tak? Gila hapa! hahahahahha. Kenapa aku nak jugak story pasal ayam ni? sebabnya aku dah penat menyambar (sempat curi) kamera ketua editor juga merangkap bos aku yang pada masa tu betul-betul berada depan mata aku semasa aku asyik menikmati ayam panggang ni! memang lazat...nyami...nyami...nyami!. Aku dapat rasakan yang ayam ni lebih sedap dari ayam yang aku teringin sangat nak makan tuh!...so jangan lah pulak kembang bontot pada orang yang masak tu yea!. Aku jugak nak ucap terima kasih banyak-banyak pada insan yang macam paham-paham je aku tengah ngidam ayam panggang, sebab sudi membekalkan hidangan ini untuk aku walaupun dah berkali-kali aku pesan dengan kata-kata Felix kat dia "susah-susah aje". Sebab, kalau ikut pesanan aku memang dia akan susah agaknya...bunyinya sakit sikit..."Terima kasih daun keladi, kalau ada lebih, bawak lagi ok!... hahahahhahahah.









