To all UPSR candidates... Keep up the good work and wish u all luck. Especially to Kak Om... Selamat berjaya! Raya, raya jugak, get ready for the results later...kuang kuang kuang
Tuesday, September 8, 2009
Cabaran Kak Om, 2009
Posted by Ritz at 10:50 PM 0 comments
Monday, September 7, 2009
Penumpang biadap!

Posted by Ritz at 6:11 PM 0 comments
Sunday, September 6, 2009
Pulangnya Wira ke pangkuan keluarga
“Acu…acu…..acu? Acu mana? Hi baru kejap ni aku nampak dia, dah keluar rupanya, bertuah punya budak!” bebel ibuku. Begitulah ungkapan yang sering kali dihamburkan ibu terhadap adik bongsuku yang sorang tu. Hah! pantang acu tiada di depan mata, mulalah tak senang duduk jadinya, lebih-lebih lagi bila acu menghilangkan diri secara senyap bertemu rakan-rakannya tanpa pengetahuan ibu. Kalau berenggang beberapa hari pun dah mula rindu-rinduan. Budak-budak remaja macam acu ni memang semuanya sama je, gemar menghabiskan masa bersama rakan hingga lupa keluarga di rumah. Apalah yang diorang tahu?. Lebih-lebih lagi baru sahaja selesai berperang dengan peperiksaan terbesar dalam hidup mereka. Bagaikan burung lepas dari sangkar, bebas sebebasnya. Macam aku jugak dulu-dulu. Wah! rasanya memang dah cukup dewasa untuk menentukan haluan sendiri. Tapi, hidup ini tidak seindah yang disangkakan. Baru sekarang aku mengerti betapa sukarnya menghadapi onak dan liku erti sebuah kehidupan. Untuk mereka yang masih muda, beringatlah!. Acu semakin ligat keluar rumah ke sana ke mari. Bagi aku, tak kisah sangat lah kan, asalkan kau pandai jaga diri, tidak melakukan pekerjaan yang bukan-bukan serta tidak menjatuhkan maruah keluarga. Itu sudah cukup baik!.
Posted by Ritz at 5:15 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
Itik gebu yang muram!
Tah kenapa tiba-tiba si itik gebu masam mencuka hari ni... kebetulan pula pagi-pagi lagi si ayam sudah terserempak dengan si itik gebu, "hai entah lah tik" bisik hati si ayam, datang bulan agaknya, maybe?...Tanpa segan silu si ayam pun mengucapkan selamat kepada itik gebu, lantas menyahut jugak si itik gebu menyambut salam daripada si ayam. Tetapi dengan muka selamba itik gebu terus berjalan terkedek-kedek menyusuri bahu jalan berdampingan dengan si ayam menuju ke tempat mencari makan. Apa lagi, melihatkan itik gebu semacam poyos hari ini, dengan senang hati si ayam pun terus mencari rezekinya sendirian tanpa mempedulikan itik gebu. Dalam hati si ayam berkata " hmmmmm kalau kau sombong sangat itik...ahh aku boleh seribu kali sombong tau! tak heran...". Dalam keadaan sunyi sepi itu, tiba-tiba datanglah si ketua musang menyibukkan diri. Nampak gayanya si musang pun tidak seceria itik gebu, tak mengapalah mungkin mereka dilanda masalah yang besar agaknya fikir si ayam, dari itu lebih baik jugak si ayam mendiamkan diri. Setelah penat mengais mengisi perut dengan rezeki yang ada sambil merayau-rayau, hari pun berlalu petang, tiba-tiba si ayam terlihat itik gebu terkocoh-kocoh mahu pulang. Rasanya terlalu awal... Kenapa ya? si ayam pasti yang si itik gebu mendapat panggilan kecemasan dari kaum keluarganya. Tidak sempat untuk menanyakan sesuatu, itik gebu terus mengibas-ngibaskan sayapnya terbang meninggalkan kawasan mencari makan. Si ayam pun kebingungan???. Walau apapun yang terjadi, "Ya Allah, Kau lindungilah kawan-kawaku dari segala bencana...dan Kau ringankanlah bebanan yang ditanggungnya, Amin, Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin." bisik hati kecil si ayamPosted by Ritz at 1:17 AM 1 comments
Thursday, August 27, 2009
Mengharap bebas yang tidak kunjung tiba!

Ketika mula menjejakkan kaki, Ketika itu bibit-bibit kebanggaan mula terasa, Ketika meniti sebuah kehidupan, Ketika itu terbit kealpaan… Ketika di dalam sebuah pencarian, Ketika itu dipukul badai, Ketika yang lain menerima pujian, Ketika itu rasa sendirian…Kini diteruskan sebuah pencarian, Demi mencari sebuah KEBEBASAN, Untuk menjamin sebuah kehidupan, lantaran menagih kesempurnaan, Moga-moga di suatu ketika, kini dan selamanya, menjanjikan seribu kebahagiaan.
*Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 52, kepada semua rakyat 1 Malaysia
Posted by Ritz at 6:56 PM 0 comments
SELAMAT HARI LAHIR
Esok 29.08.2009, Hari ulangtahun kelahiran aku, Bila Aku Berfikir… Gembiranya rasa hati, Dapat meneruskan hidup ini, Walaupun hanya sementara sahaja, Syukur Alhamdulillah... Bila Aku Berfikir… Seronok rasanya jadi diri ini, Maklumlah seorang lelaki, Semua nak buat boleh jadi, Pandai makan pandailah simpan sendiri... Bila Aku Berfikir… Kekok pulak jadinya, Kawan-kawan ramai dah berbini, Aku pulak tah bila lagi, Dah nasib badan… Bila Aku Berfikir… Kelakar pulak rasanya, Melihat gelagat diri, Layak ke aku bergelar seorang suami, Yang mereka bangga-banggakan, Tanggungjawab tah mana, Diri gerenti takkan rasa tenang hati... Bila Aku Berfikir… Bosanlah pulak, Ini tak boleh, itu tak boleh, Terkongkong rasanya, Alah…Dah biasa hidup membujang, Sabar jerlah… Bila Aku Berfikir… Sedih pulak rasa dihati, Makin hari, umur ku mendaki, Bingung pulak jadinya, Iyelah…khuatir apa yang dicitakan, Tidak menjadi, 30 tahun bukan muda lagi, Tapi yang pasti aku maintain muda , dan sentiasa positif di minda, Demi masa depan yang bahagia...
* Agar perjalanan hidup selepas ini akan sentiasa cerah dan seindah langit membiru... Posted by Ritz at 6:48 PM 1 comments
Kisah musang dengan ayam
Kalau itik gebu dengan kisahnya bersama keluarga itik hitam, ayam pun memiliki kisahnya tersendiri dengan sang musang. Pada suatu hari, seperti biasa si ayam pergi mencari rezeki di tempat sang musang, sesampai sahaja di perkarangan kawasan yang dituju, sang musang masih belum sampai lagi. Selalunya musang akan datang sedikit lewat dari ayam. Mereka berkawan baik dan mencari makan bersama, Musang yang seekor ni memang merupakan ketua musang kepada musang-musang yang lain.Dia lah yang paling rapat dengan si ayam. Sewaktu mencari makan bersama-sama, si ketua musang tidak berpuas hati dengan si ayam, apa lagi si ayam ni memang panas baran, pantang ditegur sikit (lebih-lebih lagi jika teguran yang tidak kene pada tempatnya) mulalah naik hangin satu badan. Sakit hati dan jiwa si ayam, dimaki disumpahnya sang musang di dalama hatinya. Dalam keadaan geram, tiba-tiba sang musang pun terus angkat kaki pulang ke sarang di atas sana.Selang beberapa minit selepas itu, si ayam terus memburu rezekinya sendirian lalu terserempak dengan si itik gebu yang lalu lalang di situ. Itik gebu pun bersuara menanyakan pelbagai soalan kepada si ayam. Dalam keadaan bengang, si ayam pun tidak mampu memberi fokus terhadap lontaran soalan si itik gebu.Si ayam hanya menjawab dengan sambil lewa sahaja tanpa mempedulikan sangat si itik gebu…Hari itu, si ayam tersangatlah marah dengan sang musang, betul-betul marah kerana tidak tahan dengan perangai sang musang. Disebabkan kawan-kawannya yang lain, sang musang sanggup bertikam lidah dengan si ayam. Rupa-rupanyanya si itik gebu memang perasan si ayam bertekak dan meninggi suara pada sang musang. Si itik gebu hanya memandang sinis dari kejauhan semasa peristiwa itu berlaku… Posted by Ritz at 12:37 AM 3 comments








