Monday, October 5, 2009

Gigiku sakit, nyut...nyut berdenyut!

Dah lama aku tidak merasai sakit gigi semenjak hampir sepuluh tahun yang lalu. Itu pun setelah membuat rawatan tampalan gigi berlubang semasa aku masih menuntut di IPTA. Masa tu, aku memilih klinik swasta di sekitar tempat tinggalku, memandangkan proses rawatan yang dilakukan memang cepat dan cuma mahal lah sedikit dari yang biasa. Tapi aku tak peduli, janji aku tidak perlu menahan kesakitan yang panjang. Dengan menggunakan saki baki duit pinjaman belajar yang ada, aku yakin ianya mampu membiayai kos rawatan yang diperlukan. Namun yang kujangkakan cuma sekitar RM100-150 dan tidak lebih dari itu. Tetapi aku telah kehabisan sehingga hampir RM400. perghhhhhh cekik darah betul doktor nih! Sabar je lah… rupa-rupanya disebabkan nak cari duit lebih, hampir habis kesemua gigi aku diperiksa dan ditampal walaupun hanya berlubang sebesar lubang jarum. Cis! Dasyhat sungguh… Setelah sekian lama ianya berlalu, kali ini kawasan rahang bawah aku mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat lagi, nak kata cuaca panas tak juga, aku terfikir mungkin nak tumbuh gigi bongsu kot? Hahahaahhah. Sehingga sekarang aku masih tak pasti berapa jumlah kesemua gigi yang aku ada. Hebat kan? Yang penting aku dapat menikmati makanan dan minuman tanpa ada sebarang permasalahan. Pada jumaat lepas, sambil aku mengurut rahang dan memerhati gigi-gigi aku yang cantik tersusun ni, tiba-tiba aku terperasan yang geraham bawah aku yang ditampal sekian lama dulu terkopak separuh. Perghhhhhhh! patut lah sengal dan ngilu terasa bila mana selepas saja aku makan. Aduhhhh… gasaklah, inilah saat-saat yang paling mencemaskan dan yang paling aku tidak gemar sekiranya gigiku ini buat pasal. Bukan apa, ramai yang kata sakit gigi lebih seksa dari melahirkan, Apa benar? Mungkin ada benarnya sebab memang aku pernah rasa seksanya sakit gigi semasa aku kecil-kecil dulu, dah lah tak boleh menahan sakitnya, nak kene tunggu pulak klinik gigi kerajaan dekat bangsar yang hanya buka dan beroperasi setiap sabtu aje. Tuhan aje yang tahu betapa sakit dan derita kutanggung menantikan hari untuk mencabutnya. Kini, sekali lagi ianya melanda diriku, aku harus membuat keputusan yang tepat dan paling cepat untuk mengawal gigi aku yang rosak ni dari terus sakit nanti, lantas aku bertekad untuk berjumpa doktor gigi pada hari ini, walaupun pada hakikatnya aku tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tak sanggup untuk membuang geraham bawah yang sangat berjasa pada diriku. Kalau boleh aku ingin membuat tampalan sementara agar ianya mampu diselamatkan dan aku masih lagi boleh menikmati makanan seperti biasa. Selain itu aku juga paling penakut untuk membuat rawatan gigi sama ada untuk mencabut atau sebaliknya. Yang paling tak tahan bila mana doktor menggodek-godek gigi semasa proses itu. Sebelum kesakitan yang amat dasyhat berlaku lebih baik aku membuat sesuatu.... bisik hatiku. Ayuh! pagi ini, aku telah berangkat ke klinik rawatan gigi kerajaan untuk membuat tampalan sementara gigiku ini. Segala proses berjalan lancar. Walaupun berdebar-debar, namun semuanya selamat. Walaupun terpaksa menunggu lama sedikit, tetapi aku cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Dengan hanya RM3, aku mampu tersenyum seperti sedia kala. Thank you doktor...

Friday, October 2, 2009

Peringatan untuk bertaubat...

Sikit lagi aku nak kene hentam... Cilakak punya kelisa, agak-agak lah sikit bawak kereta tuh! Aku memang cukup pantang bila orang bawak kereta macam takda otak. Aku cuma tak nampak muka orang yang bawak pagi tadi. Aku boleh agak mesti pemandu tu seorang wanita. Biasak arr, bila nak kene langgar sket, aku perasan mesti pemandu wanita, kalau kereta yang bawak ikut sesuka hati je, mesti wanita, kalau lembab sangat pun sapa lagi kalau bukan wanita. perghhhh! Nasib baik horn motorsikal aku tercabut punat. Kalau tidak siang-siang lagi aku dah bagi pekak telinga kau sekuat hati!. Mata ada tak nak guna, buta apa? tak nampak orang kat sebelah kiri jalan ke? Side mirror kau tuh buat hiasan kereta apa?. Suka hati mak bapak kau je belok sana sini. Mualalah panas aku dibuatnya. Sudah lah kelmarin bangunan pejabat aku bergoyang, nasib baik tak runtuh. Kaget aku dibuatnya gara-gara gempa bumi kuat melanda Padang Indonesia. Semalam pulak server internet buat hal, lembab macam siput babi jalan terbalik! Sakit hati ini Tuhan je yang tahu. Kerja pulak berlambak-lambak nak kene ammendt iklan dari client yang memang aku paling benci sekali. Berlagak! Siot je!, macam tak paham pulak aku tengah bengang! Rasa hati, hari ni tak mahu datang kerja, Selepas solat subuh aje aku pun terus sambung tidur. Jam menunjukkan 8.15 pagi, aku masih lagi melepek di atas katil hhuhuhuuhh, ibu pulak bising-bising kejutkan aku. Katanya dah lewat nih..... tak pergi kerja ke?... Memang niat hati tak mahu ke pejabat hari ni, alih-alih bangun jugak lah, bertembung pulak dengan kelisa tadi, Macam nak hempuk aje kepala pemandu tu... pagi-pagi dah buat hal. Nasib baik Tuhan masih sayangkan aku lagi (kan aku ni jahat huhuhu, buatnya mati katak, tak sempat nak bertaubat). So mungkin Dia bagi peringatan kat aku lekas lah sket sedar diri. Kalau tak disebabkan runtuhan bangunan, mana tau aku mati kene langgar pulak pagi tadi. Uishhhhhh dah 3 hari berturut-turut nasib tidak meneyebelahi aku nampaknya, Namun aku tetap bersyukur masih bernafas di bumi ini. Thanks Allah! Selamatkanlah hambamu ini dari perkara-perkara yang tidak diingini...Aminnn.

Monday, September 28, 2009

Suatu Hari di Hari Raya!

Dah seminggu pun umat Islam merayakan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri, dan begitu juga aku bercuti menyambutnya. Ingatkan nak cuti 3 hari aje, alih-alih terpaksa drag sampai seminggu gara-gara kene warning dengan teman sepejabatku yang beria-ia bercuti meraikan hari raya. Katanya,… nak beraya sakan bersama teman-teman yang dah lama tak ketemu. Aku pun sebenarnya seronok juga kalau bercuti lama-lama ni, maklumlah dah lama tak merasa cuti panjang sebegini. Tahun ini, aku bersama team baru yang tak berapa nak besar sangat ni setelah beralih angin dari company lama, dapat pulak majikan sporting, hmmm….alangkah bahagianya kurasakan dapat meraikan 100% suasana hari raya bersama keluarga tanpa sebarang gangguan kerja dan sebagainya. Puas memang teramat puas!!!.

Seperti raya tahun-tahun sudah, tahun ini juga tidak banyak bezanya, ibu pula tidak berapa nak sihat merayakan hari lebaran kali ini. Namun, keceriaan tetap terasa apabila along dan aida bergotong royong menyediakan juadah dia pagi raya. Dengan berpandukan resipi ibu, mereka bertungkus lumus menyiapkan segala hidangan untuk sekeluarga, alhamdulillah…walaupun tidak sehebat air tangan ibu, namun ianya berbaloi untuk dinikmati pada hari yang mulia. Raya kali ini memang tiada apa yang baru menghiasi teratak ibu, segala-galanya masih mengekalkan barang dan perabot yang sama termasuk langsir dulu yang masih elok dipakai. Walaupun keadaan kerusi sofa kurang memberangsangkan, aku mendapat idea untuk memperelokkannya untuk diguna sementara waktu di kala raya ini. Dekorasi hiasan dalaman sememangnya sudah menjadi tanggungjawab aku. Agar semuanya sedap dipandang mata, sentuhan ajaib tanganku saja yang dapat merealisasikannya. Aku amat bersyukur dapat melewati kesempatan beraya kali ini bersama keluarga, anak buah dan saudara mara tercinta. Arghhhhhhh rasa malas masih bersarang dalam diri, namun aku gagahi jua kaki melangkah untuk memulakan hari pertama bekerja selepas bercuti panjang. Yang pasti, kerja berlambak sedang menunggu!!!

Friday, September 18, 2009

Rasa Thai...

Janji tuan rumah yang selama ini tertangguh sudah pun tertunai, alhamdulillah. Walaupun dalam keadaan hujan dan rushing masih sempat tiba di restoran yang dituju walau sedikit kelewatan. Aku juga selamat sampai dengan pemanduan berhemah seorang wanita yang kutumpang tika itu, amin... Dan ini juga merupakan majlis berbuka puasa di luar yang terakhir untuk Ramadhan 1430 kali ini. Agar kenangan segar abadi dalam ingatan...

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran untuk semua

Assalamualaikum... di kesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin muslimat tidak kira di mana jua anda berada, Maaf Zahir dan Batin. Hati-hati memandu pulang berhari raya, Semoga Lebaran ini memberi seribu makna dan cahaya keimanan buat kita semua...

Wednesday, September 16, 2009

Manjalara jadi saksi!


Senyumanmu bagai dingin pagi
Yang bisa melenakan...
Mendamaikan hati yang bergelora...
Aku ingin terus lena dibuai mimpi indah...
Mimpiku untuk memilikimu selamanya...

Apalah dayaku...
Aku hanya pencinta rahsia...
Aku tidak rela dikejutkan dengan dentuman guruh...
Yang memancar dari bibirmu...
Bahawa aku hanya menjunjung angan-angan...
Kerana aku pasti...
Air mata duka akan membanjiri...
Lubuk hati ini...

Sungguh demikian...
Aku pasti...
Pelangi akan kunjung jua...
Bahkan sinarnya lebih indah...
Lebih pesona dan membahagiakan...
Maafkan aku andai tika itu...
Kau tiada lagi di hatiku...
Namun kau tetap dalam ingatanku...
Ingin sekali aku mengenalimu...

Tuesday, September 15, 2009

Tenggelam Dalam Lautan Kesedihan


Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak. Ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan, dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta. Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu."Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta."Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali,namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya. "Kegembiraan! Tolong aku!", teriak Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin panik. Tak lama lewatlah Kecantikan. "Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!", teriak Cinta. "Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan.

Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itu lewatlah Kesedihan. "Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta. "Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja ...." kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!"

Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu.Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu," kata orang itu. "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku," tanya Cinta heran. "Sebab," kata orang itu, "Hanya Waktu-lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu ..


* Bilakah "waktu" akan muncul dalam hidupku...? You are my soulmate