Monday, October 5, 2009

Gigiku sakit, nyut...nyut berdenyut!

Dah lama aku tidak merasai sakit gigi semenjak hampir sepuluh tahun yang lalu. Itu pun setelah membuat rawatan tampalan gigi berlubang semasa aku masih menuntut di IPTA. Masa tu, aku memilih klinik swasta di sekitar tempat tinggalku, memandangkan proses rawatan yang dilakukan memang cepat dan cuma mahal lah sedikit dari yang biasa. Tapi aku tak peduli, janji aku tidak perlu menahan kesakitan yang panjang. Dengan menggunakan saki baki duit pinjaman belajar yang ada, aku yakin ianya mampu membiayai kos rawatan yang diperlukan. Namun yang kujangkakan cuma sekitar RM100-150 dan tidak lebih dari itu. Tetapi aku telah kehabisan sehingga hampir RM400. perghhhhhh cekik darah betul doktor nih! Sabar je lah… rupa-rupanya disebabkan nak cari duit lebih, hampir habis kesemua gigi aku diperiksa dan ditampal walaupun hanya berlubang sebesar lubang jarum. Cis! Dasyhat sungguh… Setelah sekian lama ianya berlalu, kali ini kawasan rahang bawah aku mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat lagi, nak kata cuaca panas tak juga, aku terfikir mungkin nak tumbuh gigi bongsu kot? Hahahaahhah. Sehingga sekarang aku masih tak pasti berapa jumlah kesemua gigi yang aku ada. Hebat kan? Yang penting aku dapat menikmati makanan dan minuman tanpa ada sebarang permasalahan. Pada jumaat lepas, sambil aku mengurut rahang dan memerhati gigi-gigi aku yang cantik tersusun ni, tiba-tiba aku terperasan yang geraham bawah aku yang ditampal sekian lama dulu terkopak separuh. Perghhhhhhh! patut lah sengal dan ngilu terasa bila mana selepas saja aku makan. Aduhhhh… gasaklah, inilah saat-saat yang paling mencemaskan dan yang paling aku tidak gemar sekiranya gigiku ini buat pasal. Bukan apa, ramai yang kata sakit gigi lebih seksa dari melahirkan, Apa benar? Mungkin ada benarnya sebab memang aku pernah rasa seksanya sakit gigi semasa aku kecil-kecil dulu, dah lah tak boleh menahan sakitnya, nak kene tunggu pulak klinik gigi kerajaan dekat bangsar yang hanya buka dan beroperasi setiap sabtu aje. Tuhan aje yang tahu betapa sakit dan derita kutanggung menantikan hari untuk mencabutnya. Kini, sekali lagi ianya melanda diriku, aku harus membuat keputusan yang tepat dan paling cepat untuk mengawal gigi aku yang rosak ni dari terus sakit nanti, lantas aku bertekad untuk berjumpa doktor gigi pada hari ini, walaupun pada hakikatnya aku tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tak sanggup untuk membuang geraham bawah yang sangat berjasa pada diriku. Kalau boleh aku ingin membuat tampalan sementara agar ianya mampu diselamatkan dan aku masih lagi boleh menikmati makanan seperti biasa. Selain itu aku juga paling penakut untuk membuat rawatan gigi sama ada untuk mencabut atau sebaliknya. Yang paling tak tahan bila mana doktor menggodek-godek gigi semasa proses itu. Sebelum kesakitan yang amat dasyhat berlaku lebih baik aku membuat sesuatu.... bisik hatiku. Ayuh! pagi ini, aku telah berangkat ke klinik rawatan gigi kerajaan untuk membuat tampalan sementara gigiku ini. Segala proses berjalan lancar. Walaupun berdebar-debar, namun semuanya selamat. Walaupun terpaksa menunggu lama sedikit, tetapi aku cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Dengan hanya RM3, aku mampu tersenyum seperti sedia kala. Thank you doktor...

0 comments: