Thursday, October 8, 2009

Harapanku… Pintaku …PerkenanMu…

Tiada apa yang mampu aku lakukan, menahan sabar , marah, geram sehingga muka merah padam jadinya. Walaupun waktu membenarkan aku pulang dari pejabat seperti biasa tepat 6.30 ptg, Tetapi tidak semalam, Aku ditahan dengan tanpa rasa bersalah. Kenapa aku? bukan dia…?. Adakah hanya aku seorang yang mesti mengharungi dilema ini? Aku pun tak pasti. Atau sesiapa sahaja yang bergelar GD dan bernaung di bawah ketiak mereka yang buta seni? Oh tidak, ya Allah, kau berikan aku kekuatan untuk terus berdepan dengan situasi ini. Soalan-soalan bodoh sentiasa berlegar di ruang minda ini. Mungkin aku yang tersilap langkah, mungkin juga mereka-mereka ini yang tidak pernah nak endah? Sampai bila harus aku jalani liku-liku ini, Aku tidak tahan lagi, hampir saja lemas tanpa siapa yang cuba ingin mengerti… di mana harus kutemu kesabaran yang menggunung? Kekuatan yang luarbiasa dan juga pendirian yang teguh? Ya tuhanku, andai ini yang Kau tentukan buatku, aku pasrah,, Kau pertontonkan jalan yang sepatutnya agar aku dapat meneruskan hidup ini dengan sebaiknya. Hanya pertolongan ini yang kuperlukan dariMu yang Maha Pengasih lagi Maha Panyayang. Namun andai ada haluan lain yang tidak terjangkau dek pemikiranku, hanya satu pintaku Kau terus bukakan jalan itu seluas-luasnya semoga aku dapat tiba ke destinasi itu dengan rasa aman bahagia.

"Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan..."

0 comments: