Tuesday, October 13, 2009

Cafe + Packaging = Teh cina

Dulu masa aku kije dekat satu tempat nih, bos aku tu suka sangat minum teh cina. Dia bagitahu aku teh yang dia minum tu bukannya murah. Tapi dia sanggup beli sebab suka punya pasal. Kalau pagi-pagi aku jenguk dalam bilik dia aje, pasti ternampak teapot set atas meja dia. Tapi semenjak dua menjak ni aku lihat ramai jugak orang Melayu ketagih dengan teh ni...tak kira lah teh cina ke, teh hijau ke atau apa saja jenis teh ler. Kata mereka sedap dan baik untuk kesihatan. Tapi aku tak kisah sangat semua tu, sebab aku bukanlah penggemar teh macam diaorang tu. Cuma yang aku tau teh merupakan minuman tertua di Cina dan menjadi intipati kehidupan sosial orang Cina sejak lebih berkurun lamanya. Terkenal empat ribu tahun yang lalu, maka tak heranlah bila minuman ini sangat popular di Cina.
Mengikut lagenda, teh telah ditemui secara tidak sengaja oleh Maharaja Shen Nung pada 2737 BCE, sewaktu era lima Raja (Dinasti). Daun dari sepohon pokok telah jatuh ke dalam air mendidih dalam sebuah kendi dan aroma campuran itu membuat maharaja tidak dapat menahan keinginannya untuk merasanya. Baginda yang terpegun dengan penemuannya itu dan menjadikannya sebagai minuman kebangsaan. Pokok tersebut yang dikenali sebagai Camellia, kini tumbuh melata di China. Orang Cina percaya teh memiliki khahsiat yang boleh menangkis penyakit dan menjaga kesihatan. Salah satu jenis teh Cina yang paling digemari adalah teh hijau.
Sebenarnya kalau nak tau, banyak lagi jenis teh yang ada contohnya seperti jenis Oolong, Black, White, Jasmine, Blooming, Herbal dan banyak lagi...Masa bersama syarikat ni dulu, aku sempat jugaklah men'design' beberapa proposal pembungkusan teh cina untuk bisnes terbaru bos aku tu. Katanya nak bukak cafe ala lebih kurang kopitiam ler, tapi yang sepecialnya, tempat ni boleh dikunjungi oleh pelbagai kaum termasuk Cina, Melayu dan juga India...yang pentingnya halal! Ala-ala konsep satu Malaysia. Sebab selalunya kalau cafe macam ni, bangsa lain susah sikit nak masuk, nampak mahal dan terlalu tertumpu kepada sesuatu kaum lebih-lebih lagi menu utamanya adalah teh cina!. Wah bagus sungguh idea dan konsep yang hendak diketengahkannya. Selain itu aku juga kene bertanggungjawab terhadap segala rekaan ruang dalaman dan imej cafe termasuk logo, menu card dan sebagainya agar ianya sesuai dengan target audience sekaligus mencapai sasaran serta objektif penubuhannya. Perghhhh berat jugak tuh.....macam tak mampu nak pikul sowang huuuhhu. Tapi sayangnya aku tak lama dengan syarikat dia setelah mendapat tawaran bekerja di tempat lain...Dan aku tak pasti sama ada apa yang dicitakan itu dapat diteruskan ataupun tidak...
Inilah hasil proposal pertama yang tak sempat diperbincangkan (packaging untuk teh cina). Sebenarnya, kalau step pertama ini dah dipersetujui barulah kesemua maklumat dan juga tittle yang terdapat pada packaging ini diubah kepada Bahasa Melayu agaknya....supaya ianya lebih menampakkan 'mesra Malaysia'. Jangan tersilap pulak gambar ni bukan shoot ok! sekadar artist impression je sebab mock up tak sempat nak buat pada masa tuh huhuhh!!!

0 comments: