Monday, October 19, 2009

Selangkah ke Alam Misteri...

Tidak seperti hujung-hujung minggu yang selalu aku lalui, sabtu lepas, pagi-pagi lagi aku sudah bersiap nak ke rumah aunty Esah aku di Klang. Nasib baik keadaan jalanraya tidak sesibuk kaum India yang beragama hindu merayakan festival cahaya yang jatuh pada hari tersebut. Aku terus memecut kereta merentasi Damansara kemudian ke Petaling Jaya sebelum melalui jalan pintas Kesas Highway untuk ke Sijangkang. Lebih kurang setengah jam sahaja kami tiba di sana. Seperti yang bapa aku janjikan minggu lepas, dia akan menunggu kami di sana, tetapi pagi itu dia terlebih dahulu menemani kawannya untuk berubat di tempat yang sama bakal ku bawa ibuku sebentar lagi…


Sabtu itu sangat berbeza kurasakan,…Dengan hati yang berat aku terus menuruti kereta uncle dan auntieku ke rumah tukang ubat yang diperkatakan itu. Kami bertiga ke sana bertujuan untuk mengubati derita sakit ibuku yang dihidapinya hampir 13 tahun lamanya…Sudah sekian lama ibu tidak sihat dan asyik mengadu kesakitan. Semakin hari semakin teruk jadinya. Makan pun tak lalu, dada dan sendi semuanya sakit-sakit, jalan pun tak larat mengalahkan nenek berusia 70 tahun. Ibu juga sering marah-marah, dan menjadi bengis ‘semacam’…tak seceria dulu lagi, habis semua anak cucu dimarahinya jika sengaja buat pasal. Kata orang, ada saka dalam badan ibu? Apa? betulkah saka itu yang menguasai seluruh pelusuk tubuh ibu? Akupun tak pasti. Tapi sehari sebelum kami hendak pergi berubat tu, macam-macam yang ibu mimpikan, “mimpi hantu” kata ibu, seorang yang mirip wanita bertudung menjelma separuh badan, turun naik bergantungan menggangu lena ibuku. bagaikan tanda yang ianya tidak mahu melepaskan ibu.


Sebenarnya memang aku tidak pernah percaya kepada benda-benda sebegitu. Ah! “Apa yang kau mahukan dari ibuku?”…Tolonglah pergi!, jangan kau ganggu hidup ibuku…sudah puas aku melihat derita yang ditanggungnya. Tak sanggup rasanya ianya terus-terusan begini. Cukup cukup lah tu. Aku sangat berharap agar usaha kami kali ini berhasil dengan bertemu Pakcik Nan si tukang ubat dari Kg. Delek Sungai Sireh itu. Dengan rahmat dan pertolongan dari Allah hanya satu pintaku. Kau sembuhkanlah penyakit ibuku.

Hampir 3 jam Pakcik Nan bertarung dengan makhluk-makhluk halus yang menghuni setiap inci tubuh ibuku, akhirnya 12 botol berjaya ditarik keluar. Namun aku tidak pasti berapa ekor jumlah sebenar kesemuanya yang sempat ditekup masuk kedalam botol-botol tersebut. Terkumat-kamit kulihat Pakcik Nan membacakan doa dan potongan ayat Al-Quran di setiap pintu masuk bagi makhluk-makhluk itu ke dalam badan manusia termasuk belakang tengkuk, ibu jari kaki dan tangan, dada, hidung dan juga di antara dua kening ibuku. Setelah selesai cara perubatan yang dipanggil “kasap” itu dan segala hantu-hantu telah di tangkapnya, tiba lah masa Pakcik Nan membuat proses “laser” yang hanya menggunakan tangannya ke seluruh tubuh badan ibuku. Setiap saat itulah, pasti peluh jantan Pakcik Nan terpercik keluar membasahi dahinya dan tercungap-cungap dibuatnya. Bisiknya, badan ibu dah teruk sangat, berkarat dan melekat. Kalau bawa ke hospital pun tak mungkin boleh baik, dan pasti badan ibu akan menjadi bahan ujikaji doktor saja.


Pada ketika ini, semua sendi-sendi ibu diurut dan dibetulkan, berkerut-kerut muka ibu menahan kesakitan. Memandangkan ramai orang disekeliling ibu, jeritan ibu hanya mampu didengari oleh dirinya sendiri sahaja. Tangan ibu yang tidak dapat diangkat mampu digerakkan melebihi 90 darjah, sendi kaki ibu yang selalu membuatkan ibu susah untuk solat, bangun dan berjalan sudah dibetulkan. Segala toksik di dalam tubuh ibu segera dibuang dan dibersihkan. Kawasan pinggang dan dada ibu yang paling teruk sakit juga di pulihkan sedikit demi sedikit. Selang beberapa minit selepas itu, wajah ibu berseri dan dengan tidak semena-mena ibu mampu mengukir senyuman. Ibu tidak lagi dalam penguasaan “mereka-meraka” yang tidak diperlukan itu. Badan ibu terasa ringan sekali dan perwatakan ibu terus bertukar sedikit ceria, tak macam selalu. Syukur alhamdulillah…Kalau dahulu, aku sudah cukup terbiasa melihat keadaan badan ibu semasa mengurutnya penuh dengan kesan cakaran, bintat-bintat dan juga lebam-lebam merah hitam...tapi kini aku bagaikan tidak percaya, sekelip mata semuanya sudah tiada lagi dari pandangan mata ini. Badan dan juga kaki ibu menjadi bersih sebersihnya seolah-olah tanpa pernah ada yang menyentuhnya.


Sekembalinya aku dari mengubati ibu, aku teringat pesan si tukang ubat agar botol-botol itu ditanam dan bukannya di buang ke sungai atau tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Lantas, sebelum aku kuburi botol-botol itu, sempat juga aku mendapatkan telefon bimbit dan cuba mengimbas setiap botol yang terisi makhluk-makhluk halus itu, kerana sebelum ini, Pakcik Nan pernah menunjukkan isi botol kepada bapaku semasa mengubati penyakitnya minggu sudah. Uncle aku juga sempat melihatnya. Rangka tengkorak serta makhluk hitam menyerupai beruang dan berbulu jelas terlihat di dalamnya. Mungkin jika nasib aku baik, aku akan bertemu dengan salah seekor daripada keturunannya. Namun segala usahaku tidak membuahkan hasil. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke belakang rumah dan mendapatkan cangkul untuk melakukan kerja-kerja terakhir sebelum sebarang kejadian menimpa sesiapa, lebih-lebih lagi anak buahku yang sememangnya lemah semangat kebetulan datang bercuti di rumah neneknya. Sehingga hari ini, proses menguburi botol-botol tersebut masih bermain dimindaku. Sukar untuk aku memadamlenyap dari ingatan ini. Di suatu sudut bawah sebatang pokok pisang berhampiran dengan rumah ustaz Mail telah ku langsaikan segalanya…

Thursday, October 15, 2009

தீபாவளி

Happy Diwali
To all Hindus and my friends out there...
Especially to Miss Shamini (semoga berbahagia bersama
tunang tersayang), tak lupa juga untuk
Mr Saravanan dengan ucapan
jangan lupa jemput aku datang rumah kau macam tahun lepas,
walaupun aku sure tak boleh datang
kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Maap ye!

Wednesday, October 14, 2009

Durian sesat!

“Oh kome, deghoyan dah bebunge…. Moh kite minang anak dare....“, Cewahhhhh macam banyak duit aku ni...selalunya orang jual durian memang banyak duit, lebih-lebih lagi orang yang memiliki dusun durian sendiri, tul tak? Time musim durian lah deme cari duit top up untuk menikah, memang sesuai bebeno dengan lagu Mr Os tuh. Pak aji dengan mak aji kita pun ada yang pergi ke tanah suci dengan hasil durian mereka... wow!. Semalam, durian yang bapak aku tanam belakang rumah gugur menyembah bumi. Berkejaran si adik bongsu aku mendapatkannya. Hai, macam tak pernah makan durian plak!. Hampir kecewa bila mana buah yang dicarinya tidak berjumpa. Akhirnya, Acu terlihat bumbung bekas reban tinggal yang terletak betul-betul bawah pokok durian tu bocor dan rangka kayunya terjojol keluar. Lalu acu mendekatkan diri sambil memerhati ke dalam. Apa lagi, tersenyum lebar ler acu dibuatnya. Oh, di situ kau rupanya ye... kemari kau! hehehehhe. pecah perut aku mendegarnya. Tapi memang rugi kepada sesiapa yang tak dapat rasa, buahnya memang bagus..besar sekali, isinya kuning, rasanya seharum baunya perghhhhh menjilat jari beb. Walaupun cuma sebiji, Acu sempat memberi rasa pada rakannnya yang kebetulan bersamanya petang semalam. Namun, lebihan ulas yang ada masih puas kami menjamahnya. banyak betul isinya.

Mak aku kata durian tu sesat, mana taknya, dah abis kami bantai sebelum raya hari tu, tiba-tiba muncul lagi 4 biji. Yang semalam tu adalah yang ketiga gugur, jawabnya tinggallah sebijik lagi bergayut di atas sana. Kalau nak tahu, mana ada orang tanam pokok durian dalam kawasan perumahan. Sebab tu, ramai yang mengendeng dengan bapak aku minta nak rasa raja buah tu. Kelakar pun ada...pening jugak kepala pak Dolah nak menunaikan setiap permintaan jiran-jirannya itu. Kali ni dah masuk kali ketiga kami anak beranak merasa buah yang memang menjadi kegemaran ramai semenjak ianya ditanam bapak aku lebih kurang 20 tahun yang lalu. Saban tahun buahnya makin bertambah, mungkin berkat sedekah kepada jiran yang terdekat walaupun dengan hanya sebiji sahaja setiap rumah. Pada mereka yang belum merasa, harap bersabar ye, kalau ada rezeki tak kan kemana.
Marvellous !!!

Tuesday, October 13, 2009

Cafe + Packaging = Teh cina

Dulu masa aku kije dekat satu tempat nih, bos aku tu suka sangat minum teh cina. Dia bagitahu aku teh yang dia minum tu bukannya murah. Tapi dia sanggup beli sebab suka punya pasal. Kalau pagi-pagi aku jenguk dalam bilik dia aje, pasti ternampak teapot set atas meja dia. Tapi semenjak dua menjak ni aku lihat ramai jugak orang Melayu ketagih dengan teh ni...tak kira lah teh cina ke, teh hijau ke atau apa saja jenis teh ler. Kata mereka sedap dan baik untuk kesihatan. Tapi aku tak kisah sangat semua tu, sebab aku bukanlah penggemar teh macam diaorang tu. Cuma yang aku tau teh merupakan minuman tertua di Cina dan menjadi intipati kehidupan sosial orang Cina sejak lebih berkurun lamanya. Terkenal empat ribu tahun yang lalu, maka tak heranlah bila minuman ini sangat popular di Cina.
Mengikut lagenda, teh telah ditemui secara tidak sengaja oleh Maharaja Shen Nung pada 2737 BCE, sewaktu era lima Raja (Dinasti). Daun dari sepohon pokok telah jatuh ke dalam air mendidih dalam sebuah kendi dan aroma campuran itu membuat maharaja tidak dapat menahan keinginannya untuk merasanya. Baginda yang terpegun dengan penemuannya itu dan menjadikannya sebagai minuman kebangsaan. Pokok tersebut yang dikenali sebagai Camellia, kini tumbuh melata di China. Orang Cina percaya teh memiliki khahsiat yang boleh menangkis penyakit dan menjaga kesihatan. Salah satu jenis teh Cina yang paling digemari adalah teh hijau.
Sebenarnya kalau nak tau, banyak lagi jenis teh yang ada contohnya seperti jenis Oolong, Black, White, Jasmine, Blooming, Herbal dan banyak lagi...Masa bersama syarikat ni dulu, aku sempat jugaklah men'design' beberapa proposal pembungkusan teh cina untuk bisnes terbaru bos aku tu. Katanya nak bukak cafe ala lebih kurang kopitiam ler, tapi yang sepecialnya, tempat ni boleh dikunjungi oleh pelbagai kaum termasuk Cina, Melayu dan juga India...yang pentingnya halal! Ala-ala konsep satu Malaysia. Sebab selalunya kalau cafe macam ni, bangsa lain susah sikit nak masuk, nampak mahal dan terlalu tertumpu kepada sesuatu kaum lebih-lebih lagi menu utamanya adalah teh cina!. Wah bagus sungguh idea dan konsep yang hendak diketengahkannya. Selain itu aku juga kene bertanggungjawab terhadap segala rekaan ruang dalaman dan imej cafe termasuk logo, menu card dan sebagainya agar ianya sesuai dengan target audience sekaligus mencapai sasaran serta objektif penubuhannya. Perghhhh berat jugak tuh.....macam tak mampu nak pikul sowang huuuhhu. Tapi sayangnya aku tak lama dengan syarikat dia setelah mendapat tawaran bekerja di tempat lain...Dan aku tak pasti sama ada apa yang dicitakan itu dapat diteruskan ataupun tidak...
Inilah hasil proposal pertama yang tak sempat diperbincangkan (packaging untuk teh cina). Sebenarnya, kalau step pertama ini dah dipersetujui barulah kesemua maklumat dan juga tittle yang terdapat pada packaging ini diubah kepada Bahasa Melayu agaknya....supaya ianya lebih menampakkan 'mesra Malaysia'. Jangan tersilap pulak gambar ni bukan shoot ok! sekadar artist impression je sebab mock up tak sempat nak buat pada masa tuh huhuhh!!!

Sunday, October 11, 2009

Mencari damai di TLWC Port Dickson

Sesekali mencari kelainan dengan bercuti di resort terapung pasti menyeronokkan. Perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur membelah lebuh raya Utara Selatan hanya mengambil masa 1 jam 15 minit tidak akan terasa apabila menikmati percutian di sini. Lokasi pilihan aku kali ini adalah di The Legend Water Chalets yang terletak di Port Dickson. Ianya memberi peluang merasai hembusan bayu segar dari Selat Melaka yang membelai mesra serta kebiruan air laut yang memukau pandangan mata. Jiwa dan raga pasti tertawan dengan keunikan chalets yang mendapat sentuhan gaya tipikal bali ini. Suite room yang terapung membuatkan aku seolah-olah berada di atas sebuah kapal pelayaran mewah yang sedang merentasi samudera luas. Percutian yang menjanjikan kepuasan dan sungguh mendamaikan ini pastinya menjadi saat-saat yang tidak mungkin dapat aku lupakan.

Thursday, October 8, 2009

Harapanku… Pintaku …PerkenanMu…

Tiada apa yang mampu aku lakukan, menahan sabar , marah, geram sehingga muka merah padam jadinya. Walaupun waktu membenarkan aku pulang dari pejabat seperti biasa tepat 6.30 ptg, Tetapi tidak semalam, Aku ditahan dengan tanpa rasa bersalah. Kenapa aku? bukan dia…?. Adakah hanya aku seorang yang mesti mengharungi dilema ini? Aku pun tak pasti. Atau sesiapa sahaja yang bergelar GD dan bernaung di bawah ketiak mereka yang buta seni? Oh tidak, ya Allah, kau berikan aku kekuatan untuk terus berdepan dengan situasi ini. Soalan-soalan bodoh sentiasa berlegar di ruang minda ini. Mungkin aku yang tersilap langkah, mungkin juga mereka-mereka ini yang tidak pernah nak endah? Sampai bila harus aku jalani liku-liku ini, Aku tidak tahan lagi, hampir saja lemas tanpa siapa yang cuba ingin mengerti… di mana harus kutemu kesabaran yang menggunung? Kekuatan yang luarbiasa dan juga pendirian yang teguh? Ya tuhanku, andai ini yang Kau tentukan buatku, aku pasrah,, Kau pertontonkan jalan yang sepatutnya agar aku dapat meneruskan hidup ini dengan sebaiknya. Hanya pertolongan ini yang kuperlukan dariMu yang Maha Pengasih lagi Maha Panyayang. Namun andai ada haluan lain yang tidak terjangkau dek pemikiranku, hanya satu pintaku Kau terus bukakan jalan itu seluas-luasnya semoga aku dapat tiba ke destinasi itu dengan rasa aman bahagia.

"Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan..."

Wednesday, October 7, 2009

Rindu libur lagi...

Tak sabar rasanya nak bercuti di TLWCPD, hanya tinggal sehari aje lagi...yahooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!